Kilang Biskut Tongkat
Encik Abd Halim Hj. Abd Ghani (Pengurus kilang biskut tongkat Simpang Bekoh)
Bungkusan lama biskut tongkat
Bungkusan terkini biskut tongkat

Biskut Tongkat produk bumiputera Melayu dihasilkan oleh Encik Abd Halim Hj. Abd Ghani bersama pekerjanya di kilang yang terletak di Simpang Bekoh. Kewujudan kilang biskut tongkat di Simpang Bekoh bertujuan untuk menaikkan nama kampung, mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang kampung, mengekalkan tradisi biskut lagend dan membuka peluang kepada anak muda untuk menjana pendapatan.

Bermula tahun 2014, beliau menghantar pekerja untuk mengikuti kursus kemudian pada tahun 2016 barulah bermula penghasilan biskut tongkat. Terciptanya idea pembuatan biskut tongkat disebabkan minat beliau berniaga dari kecil bersama keluarga di Pekan Alor Gajah. Selain itu, biskut lagend menjadi kegemaran orang terdahulu namun begitu disebabkan pengeluaran biskut tongkat hanya dilakukan oleh syarikat bukan bumiputera, beliau terfikir untuk menghasilkan biskut lagend produk bumiputera.

Dengan biskut tongkat lagend ini, ianya akan mengimbau nostalgia dulu-dulu dan bagi mendapatkannya jangan lupa singgah ke biskut tongkat Simpang Bekoh. Anda juga berpeluang mengetahui proses pembuatan Biskut Tongkat di Simpang Bekoh. Proses pembuatan biskut tongkat keluaran orang Melayu yang hanya menggunakan bahan asli seperti tepung, mentega, garam, air dan susu pekat manis. Nama biskut tongkat dipilih kerana bentuknya yang lurus, panjang dan keras.

Biskut tongkat juga dikenali sebagai biskut kering, biskut mayat, biskut bulat atau “rotikok” di kalangan masyarakat Cina serta pelbagai nama yang lain mengikut daerah tertentu. Kenikmatan rasa biskut tongkat boleh dirasai apabila dicicah dengan air kopi. Jangan risau, bagi mereka yang belum cuba biskut tongkat, penghantaran produk biskut tongkat boleh dipos diseluruh Malaysia.

Bukan itu sahaja dengan menikmati biskut tongkat cicah dengan kopi o kaw, anda pasti akan hilang segala tekanan. Tak percaya cubalah! Akhir kata, ingat Simpang Bekoh ingat biskut tongkat. Dapatkan segera. “Jangan tunggu lamo-lamo, nanti nyosal”. Ingat Simpang Bekoh, ingat Biskut Tongkat.

Alamat: Lot 4325, Projek Memproses Biskut, Padang Lebar Simpang Bekoh, 77100 Asahan, Melaka.

Waktu operasi: 9:00am-6:00pm setiap hari

Hubungi: 012-6134198/019-6085821

Tepung yang sudah dibentuk
Roti yang sudah dikeluarkan dari ketuhar
Bentuk roti
Roti yang sudah dikopek
Roti yang sudah dibakar (Roti tongkat)
Pembungkusan Roti Tongkat

Tongkat Biscuits, a Malay bumiputera product produced by Mr. Abd Halim Hj. Abd Ghani with his workers at the factory located in Simpang Bekoh. The existence of a tongkat biscuit factory in Simpang Bekoh aims to raise the name of the village, create job opportunities for the villagers, maintain the legendary biscuit tradition and open opportunities for young people to generate income.

Starting in 2014, he sent employees to follow a course, then in 2016, the production of stick biscuits began. The creation of the idea of ​​making stick biscuits was due to his interest in business since he was a child with his family in Pekan Alor Gajah. In addition, the legend biscuit was a favorite of the previous people, but because the production of stick biscuits was only done by the non-natives, he thought of producing the legend biscuit of bumiputera products.

The legend sticks biscuits in Melaka taste like before. Don’t forget to stop by at the Tongkat Biscuit Factory in Simpang Bekoh to learn about the process of making stick biscuits that only use wheat flour, butter, salt, water and sweetened condensed milk. The name stick biscuit was chosen because of its straight, long and hard shape.

Stick biscuits are also known as dry biscuits, corpse biscuits, round biscuits or “rotikok” among Chinese people. The enjoyment of the stick biscuit flavor can be felt when sprinkled with hot coffee Don’t worry, for those who haven’t tried stick biscuits, delivery of stick biscuit products can be posted throughout Malaysia.  Remember Simpang Bekoh, remember Tongkat Biscuits. 

Address: Lot 4325, Projek Memproses Biskut, Padang Lebar Simpang Bekoh, 77100 Asahan, Melaka.

Operation hour: 9:00am-6:00pm daily

Contact: 012-6134198/019-6085821