Terletak di Jalan Batu Kawa-Bau, Borneo Happy Farm mempunyai tarikannya yang tersendiri menjadi tumpuan pengunjung. Antara tarikan beberapa tempat yang menarik adalah Arowana Station yang mana pengunjung akan melihat sendiri dengan lebih dekat ikan arowana yang bersaiz besar. Aktiviti yang boleh dilakukan di Arowana Station adalah memberi ikan makan. Tempat lain yang menjadi tarikan pula adalah Bunny’s farm, anda boleh menyentuh dan memberi makan kepada arnab dan tikus belanda. Terdapat juga beberapa jenis haiwan mamalia dan burung seperti kerbau, kuda dan kambing serta beberapa spesies itik yang turut dipertontonkan.

Pengunjung juga berpeluang menyentuh beberapa jenis reptilia seperti ular dan kura-kura di Longevity Village Station. Kura-kura yang dipertontonkan di sini merupakan spesies yang jarang  kita lihat seperti kura-kura gunung, malayan box turtle, labi-labi hutan dan banyak lagi. Kemudahan yang disediakan di sini cukup lengkap untuk pengunjung dan mesra keluarga. Terdapat tempat letak kereta yang luas, tandas OKU dan bilik salin lampin bayi. Borneo Happy Farm juga menyediakan pakej rombongan untuk pelajar sekolah yang lengkap dengan pemandu pelancong dan aktiviti menarik.

Alamat: Lot 485, Jalan Pei Yuan Sungai Moyan No.3, Jalan Pei-Yuan Selatan, Jalan Batu Kawa-Bau, 93250 Kuching, Sarawak.

Waktu operasi: Sabtu,  Ahad & Cuti Umum (8:30am – 5:00pm)

                      Isnin-Jumaat tutup

Hubungi: 016-8988084

Located on Jalan Batu Kawa-Bau, Borneo Happy Farm has its own charm. Among the attractions, the place is the Arowana Station, where visitors will see the large Arowana fish up close and can feed the fish. At Bunny’s farm, you can touch and feed the rabbits and rats. There are also several types of mammals and birds such as buffalo, horse & goat as well as several species of ducks that are also shown.

Visitors also have the opportunity to touch several types of reptiles such as snakes and turtles at Longevity Village Station. The turtles that are seen here are some that we rarely see such as mountain turtles, Malayan box turtles, jungle labi-labi and many more. This premise provides informative facilities such as an automated audio commentary system where you can listen to a description of a species by simply pressing the provided button.

The facilities provided here are quite complete for visitors and family-friendly. There is ample parking, disabled toilets and a baby changing room. Borneo Happy Farm also provides tour packages for school students complete with tour guides and interesting activities.

Address: Lot 485, Jalan Pei Yuan Sungai Moyan No.3, Jalan Pei-Yuan Selatan, Jalan Batu Kawa-Bau, 93250 Kuching, Sarawak.

Operating hours: Saturday, Sunday & Public Holidays (8:30am – 5:00pm) Monday-Friday closed 

Contact: 016-8988084