Laluan jalan tar (image by PressReader)

Bukit Beruang merupakan bukit yang menjadi pilihan utama bagi penduduk di Melaka dengan ketinggian 116.73 meter. Jalan trek yang jelas dan eco-friendly menjadikan bukit beruang sebagai tempat rekreasi yang seronok bagi melakukan aktiviti riadah pada waktu pagi mahu pun petang.

Pendakian hingga ke puncak memaparkan pemandangan yang indah di sekitar bandar Melaka. Aktiviti santai berjalan di laluan tar atau trek yang telah disediakan sedikit mendaki sesuai untuk semua peringkat umur bagi mengeluarkan peluh manakala bagi mereka yang bergiat aktif boleh melakukan aktiviti mendaki di bukit beruang. 

Asal usul nama Bukit Beruang berasal daripada penularan lisan daripada orang Melayu tempatan sejak zaman dahulu. Ada yang mengatakan bahawa pada asalnya terdapat seekor beruang di atas bukit ini dan ia dipanggil Bukit Beruang. Kedua, ada pendapat masyarakat yang mengatakan bahawa semasa penaklukan Portugis, ramai orang Melayu melarikan diri ke bukit ini dan memberikannya gelaran Bukit Berwang.

Selain itu, terdapat seorang lelaki Melayu bernama Awang mempunyai seekor monyet terlatih yang digunakan untuk memetik buah kelapa berhampiran penempatan sebuah rumah di atas bukit ini dan memberi nama Beruk Awang. Sejauh manakah kebenarannya?

Kebiasaannya, pada hujung minggu kebanyakan orang akan berehat dan mendaki di sini terutamanya sekumpulan pelajar dan geng hiker. Bukit Beruang merupakan tempat beriadah yang wajib bagi orang Melaka. Jangan risau, talian telefon anda masih boleh digunakan.

Sepanjang berjalan di laluan tar sebelum anda sampai trek perjalanan ke dalam hutan, terdapat satu menara telekomunikasi yang ada di sana. Pendakian bukit beruang untuk sampai ke puncak sejauh 5.2kilometer mengambil masa selama satu hingga dua jam bergantung kepada kecergasan pendaki. Tidak hairanlah, Bukit Beruang bagi pendaki kental sangat mudah dan cepat untuk mereka sampai ke puncak.

Alamat: Jalan Bukit Melaka 1/6 Taman Kerjasama, 75450 Bukit Beruang, Melaka

Waktu operasi: 24jam setiap hari

Hubungi: 06-2310932

Pemandangan di atas (image by pokokkelapa)
Check point 2 (image by pokokkelapa)

Bukit Beruang is a 116.3-meter hill in Melaka and is a recreation area meant for recreational activities in the morning and evening. A hike through the hill takes you to the top where you will be rewarded with beautiful scenery around the city of Melaka. Suitable for all age groups, the hill provides a tarred road for leisure walks and activities. Situated near a residential area, the hill’s name has many interesting origins.

Some say it was originally a bear’s hunting ground. Others say that during the Portuguese conquest, locals ran to the hill and named in Bukit Berwang. There are also claims the name came from a trained coconut monkey named Beruk Awang. Whatever the origin was, this hill is packed with people especially during weekends.

There exists a telecommunication tower up in the hill, therefore phone line isn’t a problem. The trip to the top of the hill from the bottom is about 5.2 kilometres and would take an active climber only an hour to reach. With its scenic route surrounded by nature, Bukit Beruang is a must visit for any outdoor enthusiast.

Address: Jalan Bukit Melaka 1/6 Taman Kerjasama, 75450 Bukit Beruang, Melaka

Operation hours: 24 hours daily

Contact: 06-2310932

Kawasan rehat dikenali sebagai "Wonderful Garden" (image by pokokkelapa)