Bukit Cenderawasih yang turut dikenali sebagai Gua Sami atau Bukit Lagi merupakan satu destinasi hiking yang memang sangat menarik untuk anda terokai. Perlu anda ingat, untuk menuju ke puncak ini, tangga-tangga yang disediakan memang agak curam dan tidak sesuai untuk mereka yang ada anak-anak kecil. Menyusuri tangga-tangga curam dan laluan berbatu di sini pasti akan menjadi satu aktiviti yang menyeronokkan untuk mereka yang sukakan aktiviti lasak.

Terdapat pondok rehat di pertengahan perjalanan di mana pendaki boleh rehat & menikmati panorama sekeliling. Terdapat juga gua sami pada aras 100m yang tidak kurang menariknya untuk anda bergambar. Menuju ke puncak dari bawah mengambil masa sekitar 30-40 minit sahaja. Bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti hiking, destinasi ini sangat sesuai untuk anda terokai.

Pemandangan dari puncak yang menampakkan keindahan Bandar Perlis dan jujuran banjaran Nakawan. Pastinya anda tidak mahu lepaskan peluang untuk merakam keindahan ini dengan bergambar. Bagi mereka yang ingin melihat pemandangan matahari terbenam di lokasi terbaik di Bandar Kangar, Bukit Gua Cenderawasih adalah pilihan anda. 

Alamat: Taman Awam Bukit Lagi, Kangar Perlis

Bukit Cenderawasih, also known as Gua Sami or Bukit Lagi, is a very interesting hiking destination for you to explore. You need to remember, to get to this peak, the stairs provided are quite steep & not suitable for those with small children. Going down the steep stairs & rocky paths here will surely be a fun activity for those who love extreme activities.

There is a rest hut midway where climbers can rest & enjoy the surrounding panorama. There is also a monk’s cave at 100m level which is no less interesting for you to take pictures. Heading to the top from the bottom takes around 30-40 minutes only & for those who are new to hiking, this destination is perfect for you to explore.

The view from the top shows the beauty of Perlis City and the honesty of the Nakawan range. You definitely don’t want to miss the opportunity to capture this beauty with photos. For those who want to see the sunset in the best location in Bandar Kangar, Bukit Gua Cenderawasih is your choice.

Address: Taman Awam Bukit Lagi, Kangar Perlis