Laluan masuk ke Cafe Markisa
Jambatan Cafe Markisa
Tumbuhan markisa yang menjalar

Cafe Markisa berkonsepkan 2R tertumpu kepada rekreasi dan restoran di sekitar Chinchin. Berkonsepkan alam semula jadi, kafe Markisa dibangunkan dengan tema hutan dan alam semula jadi dengan menggunakan batu bata dan tiang kafe menggunakan batang pokok. Kafe Markisa telah beroperasi sejak Jun 2020 diusahakan oleh Encik Rosli bersama anaknya Encik Amir. 

Nama Cafe Markisa diambil sempena nama buah Markisa yang banyak ditanam di sekeliling kafe ini. Sesuai dengan persekitaran perkampungan di Chinchin yang jauh dari bandar, pemandangan tasik dan pokok menghijau juga menjadi tumpuan pengunjung di sini. Berjalan kaki sebelum ke jambatan tasik akan melalui tumbuhan markisa yang menjalar di atas bumbung di sepanjang jalan.

Tanaman pokok dan buah markisa telah ditanam oleh pemilik kedai memandangkan tumbuhan tersebut boleh dijadikan sebagai pokok hiasan. Tumbuhan hijau bersama buah markisa menjalar banyak di sekitar kawasan kafe Markisa. Minuman utama yang disediakan adalah jus dari buah markisa segar. 

Menu lengkap? Ya lengkap dengan makanan laut, barat dan kampung serta pencuci mulut seperti kek. Menu sedap selera kampung seperti daging salai masak lemak cili padi, asam pedas tetel dan asam tempoyak pasti anda boleh dapatkan semua di sini. Pelbagai jenis makanan laut seperti ikan, udang dan sotong segar. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan makanan barat seperti buttermilk chicken, chicken chop, spaghetti, lamb grill, fish dan chips, chicken wings, garlic bread dan banyak lagi dengan talam western food.

Kesemua menu yang disediakan menggunakan resepi khas turun temurun daripada Puan Rozina yang merupakan ibu kepada pemilik kedai, Encik Amir. Menu menarik di kafe ini adalah pizza kayu arang istimewa dengan perisa yang pelbagai hanya pada harga RM20 untuk semua. Idea berkonsepkan alam semula jadi menjadikan menu pizza di kafe Markisa dimasak dengan menggunakan kayu api. Semua menu disyorkan untuk mengisi perut anda!

Aktiviti rekreasi juga disediakan di sini khas untuk pelanggan Kafe Markisa sahaja. Antaranya aktiviti pukul bantal, berenang, yakin dalam air dan kayak. Peralatan kesemuanya disediakan bagi aktiviti yang akan dijalankan antaranya jaket keselamatan, pelampung bagi kanak-kanak dan sebagainya. Aktiviti yang dijalankan sesuai untuk semua peringkat umur terutamanya bagi ibu bapa yang membawa anak-anak bagi mengisi masa lapang. 

Alamat: Kem Lambaian Danau, Kampong Chinchin 77000 Jasin, Melaka

Waktu operasi: Selasa-Ahad (11:00am-10:00pm)

                       Isnin tutup 

Hubungi: 012-7992498

Pizza kayu arang
Pondok bagi aktiviti rekreasi
Kawasan rehat bagi aktiviti rekreasi
Aktiviti kayak

Cafe Markisa has a 2R concept focused on recreation and restaurants around Chinchin. With the concept of nature, Markisa cafe is developed with a nature theme by using bricks and cafe poles using tree trunks. Cafe Markisa has been operating since June 2020 run by Encik Rosli with his son Encik Amir.

The name Cafe Markisa is taken in conjunction with the name of the passion fruit that is widely planted around this cafe. In accordance with the environment of the Malay village in Chinchin which is far from the city, the view of the lake and green trees is also the focus of visitors here. The walk before the lake bridge will pass the passion plant that creeps over the roof along the way.

Passion fruit and tree plants have been planted by the shop owner considering that the plant can be used as a decorative tree. Green plants with passion fruit are growing in abundance around the Markisa cafe area. The main drink provided is juice from fresh passion fruit.

Complete menu? Yes complete with seafood, western and village food and desserts. Delicious village menu such as smoked meat cooked in lemak cili padi, Asam pedas tetel and tempoyak tamarind you can definitely get it all here. Various types of seafood such as fish, shrimp and fresh squid. Not only that, you can also get western food such as buttermilk chicken, chicken chop, spaghetti, lamb grill, fish and chips, chicken wings, garlic bread and many more with talam western food.

All the menus prepared use special recipes handed down from Mrs. Rozina who is the mother of the cafe owner, Mr. Amir. The interesting menu at this cafe is a special charcoal wood pizza with various flavors at only RM20 for all. The concept of nature makes the pizza menu at Markisa cafe cooked using firewood. All menus are recommended to fill your stomach!

Recreational activities are also provided here especially for Kafe Markisa customers only. Among the activities are hitting the pillow, swimming, being confident in the water and kayaking. All equipment is provided for the activities to be carried out including life jackets, life jackets for children and so on. The activities carried out are suitable for all ages, especially for parents who bring children to fill their free time.

Address: Kem Lambaian Danau, Kampong Chinchin 77000 Jasin, Malacca

Operating hours: Tuesday-Sunday (11:00am-10:00pm)

                         Monday closed

Contact: 012-7992498