Preparation Time: 30 minutes 

Cooking Time: 45 minutes 

Serving Size: 10 people 

This Rendang Ayam recipe is incredibly delicious, with a fragrant sauce made from fresh and finely ground spices that are sautéed until perfectly cooked. Sliced turmeric leaves and kaffir lime leaves add even more special flavor to this rendang.

For even more flavor, use fresh coconut milk. You can find fresh coconut milk in the market at a reasonable price.

Che Nom made this rendang to be eaten with lemang bought from the market and then brought to the office to share with colleagues. Many praised the deliciousness of this rendang. It can also be served with ketupat palas or ketupat rice during the celebration of Hari Raya. Enjoy!

Ingredients: 

  • 1 whole chicken (large size) 
  • 1 tablespoon of chili paste
  •  1 large bowl of thick coconut milk 
  • 1/2 small bowl of tamarind juice 
  • 3 tablespoons of toasted coconut 
  • 2 turmeric leaves
  •  2 kaffir lime leaves salt and sugar to taste
  •  1 large bowl of oil, 
  • for sautéing Ingredients for spice paste: 2 cinnamon stick, 3 star anise, 5 cardamom pods

Ingredients for finely ground ingredients: 

  • 1 large onion 
  • 8 shallots 
  • 5 garlic cloves 
  • 2 inches of ginger 
  • 3 pieces of fresh turmeric
  •  2 inches of galangal 
  • 2 lemongrass stalks

Preparation Method:

Directions for rendang:

  • Clean the chicken and dry it.
  • Heat the oil and sauté the spice paste, finely ground ingredients, and chili paste.
  • Stir slowly and cook until the oil separates and it is fragrant.
  • The color of the sautéed mixture will darken slightly.
  • Add the chicken and let it cook for 5-10 minutes. Some chicken broth will come out during this process.
  • Add the thick coconut milk and tamarind juice. Stir slowly over medium heat until the sauce thickens.
  • Add the toasted coconut, turmeric leaves, and kaffir lime leaves.
  • Season with salt and sugar to taste. Garnish with sliced turmeric leaves. 

Tip: If you’re worried the chicken will become too soft, you can remove the chicken once it’s cooked and continue to cook the sauce until it thickens. For the sugar, you can use palm sugar instead, which has a delicious taste.

Source: resepichenom.com

Resepi Rendang Ayam yang memang sangat sedap, kuahnya sangat wangi kerana menggunakan bahan-bahan rempah ratus yang segar, dikisar halus dan ditumis sehingga masak dengan sempurna. Hirisan daun kunyit dan daun limau purut pula menambahkan lagi keistimewaan rasa pada rendang ini.

Kalau nak lebih sedap, gunakan santan dari kelapa segar. Di pasar ada jual santan segar yang sudah diperah pada harga yang berpatutan.

Che Nom masak rendang ini untuk dimakan bersama lemang yang dibeli dan kemudian bawa ke pejabat untuk dikongsi bersama rakan-rakan sekerja. Memang ramai yang puji kesedapan rendang ini. Boleh juga dihidangkan bersama ketupat palas atau ketupat nasi pada sambutan hari Raya. Selamat mencuba.

 

Bahan-bahan:

 

  • 1 ekor ayam (saiz besar)
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 mangkuk besar santan pekat
  • 1/2 mangkuk kecil ais asam jawa
  • 3 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit
  • 2 helai daun limau purut
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 mangkuk besar minyak, untuk menumis
  • Bahan-bahan untuk rempah tumis:
    • 2 batang kayu manis
    • 3 kuntum bunga lawang
    • 5 biji buah pelaga
  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 1 biji bawang besar
    • 8 biji bawang merah
    • 5 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 3 ketul kunyit hidup
    • 2 inci lengkuas
    • 2 batang serai

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk rendang:
    1. Bersihkan ayam dan toskan.
    2. Panaskan minyak dan tumis bahan rempah tumis, bahan kisar halus dan cili kisar. Kacau perlahan dan masak sehingga pecah minyak dan garing. Warna bahan tumisan akan bertukar menjadi sedikit gelap.
    3. Masukkan pula ayam dan biarkan masak selama 5-10 minit. Air ayam akan keluar sedikit semasa proses ini.
    4. Masukkan santan pekat dan air asam jawa. Kacau perlahan-lahan di atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat.
    5. Masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
    6. Tabur dengan hirisan daun kunyit sebagai hiasan.

Tip:

 

  • Jika anda takut ayam menjadi hancur, boleh keluarkan ayam yang sudah masak dan masak kuah sehingga menjadi pekat.
  • Untuk gula pula, boleh gunakan gula melaka sebagai ganti dan rasanya memang sangat sedap.
Sumber: resepichenom.com