Lempeng Kelapa Sambal (image by Princess Marissa via facebook)

Bukan makanan sedap kalau anda tak perlu beratur di mana-mana kedai makan di negeri Melaka. Pernah dengar makanan tradisional yang dikenali sebagai lempeng kelapa? Orang dari bandar ke kampung akan mencari makanan tradisional yang paling sedap di kawasan kampung Masjid Tanah bersebelahan dengan pantai.

Orang-orang lama yang mencari lempeng kelapa cicah sambal wajib datang ke D’Ambang Sore Batu Tenggek Lempeng Kelapa Tg Bidara. Sekali cuba pasti nak lagi! Boleh makan seberapa banyak anda mahu kerana menu yang sihat ini merupakan kombinasi tepung dengan garam, kelapa segar, air dan kurang minyak sesuai untuk semua peringkat umur.

Orang kampung kata mesti cuba! Lempeng kelapa yang lembut cicah dengan sambal pedas tapi ada manisnya adalah satu kombinasi yang sangat kaw kaw untuk dirasai. Menu lazat yang lain juga disediakan antaranya nasi goreng yang sudah tentu menjadi makanan kesukaan orang Melayu, rojak buah, sambal telur, nasi lemak, burger dan makanan barat. Paling menarik setiap meja makan di tepi pantai yang disediakan diberi nama tertentu seperti Batu Tonggek, Batu Cencaru, Batu Ayam dan Batu Ampau.

Kedai lempeng kelapa berdekatan dengan beberapa buah chalet di sekitar situ untuk anda tinggal selepas mengisi perut dengan kenyang dan anda hanya perlu berjalan kaki sahaja. Pemilihan yang tepat anda ke D’Ambang Sore Batu Tenggek Lempeng Kelapa Tg Bidara, tersedia makanan yang enak dengan pemandangan pantai dan udara nyaman sambil menunggu matahari terbenam untuk anda mengambil gambar yang cantik.

Alamat: Jalan Sidang Haron Pasir Gembur Tanjung Bidara, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Waktu operasi: Selasa-Ahad (5:00pm-11:30pm)

                       Isnin tutup

Hubungi: 017-3145473

Meja "Batu Ayam" (image by d'ambang sore batu tenggek lempeng kelapa tg bidara via facebook)

Lining up for good food in Melaka is a must-do whenever want visits the state. Have you heard of a famous traditional dish called ‘Lempeng Kelapa’? At D’Ambang Sore, you would find people from all walks of life near a seaside village in Masjid Tanah looking for it.

Anyone with the taste for lempeng kepala eaten with sambal would definitely love this spot. You would also notice veterans and senior citizens enjoying their coffee while eating the lempeng.

Made in a small hut, the combination of flour with salt, freshly grated coconut and water with a small amount of oil certainly makes this dish a choice for health freaks as well. A must-try!

Lempeng kelapa has a soft and tasty texture that is eaten deliciously with sweet and spicy sambal. D’Ambang Sore provides other menu such as nasi goreng, rojak buah, sambal telur, nasi lemak, burger and western food. D’Ambang Sore is situated closely to several homestays beside the Tanjung Bidara beach and can make your staycation fulfilling.

Address: Jalan Sidang Haron Pasir Gembur Tanjung Bidara, 78300 Masjid Tanah, Melaka

Operation hours: Tuesday-Sunday (5:00pm-11:30pm)

                           Monday closed

Contact: 017-3145473

Pemandangan tepi pantai (image by foursquare)