Gereja Condong Melaka

Kalau Itali ada Menara Condong Pisa, di Melaka kita ada Gereja Condong! Jika anda berkunjung ke Melaka, cuba anda lihat dan perhatikan sejenak. Gereja ini sememangnya condong ke kiri!⁣⁣
⁣⁣
Gereja St. Francis Xavier ini merupakan gereja ikonik yang menjadi ‘landmark’ di Melaka selama beratus tahun lamanya. Ia telah dibina pada tahun 1849 oleh paderi Perancis iaitu Father Farve. Walau bagaimanapun, gereja ini kelihatan condong ke kiri.⁣⁣
⁣⁣
Tahukah anda, gereja ini dibina diatas tapak sebuah gereja lama Portugis yang pernah dibina disini pada tahun 1553. Gereja tersebut telah dimusnahkan oleh Belanda bersama tembok kota semasa penaklukannya keatas Melaka. Namun, batu asas tembok kota Portugis setinggi 20 kaki itu masih terkambus dibawah tanah.⁣⁣
⁣⁣
Dikatakan bahagian sebelah kanan gereja ini terletak diatas runtuhan tapak tembok kota Portugis yang menstabilkan struktur gereja tersebut. Manakala bahagian kiri gereja tidak terdapat sumber sokongan bawah tanah. Tahun berganti tahun, gereja yang berusia ratusan tahun ini sedikit demi sedikit kelihatan condong ke kiri.⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣
Walaupun tiada sebarang bukti sahih, tetapi besar kemungkinan ia adalah benar kerana lokasi runtuhan Bastion Victoria (tembok kota) terletak di hadapan gereja St. Francis Xavier.⁣⁣

Muat turun aplikasi Vivify secara PERCUMA untuk lebih informasi, promosi hebat dan cerita-cerita menarik di Melaka!