Kalau di Itali ada Menara Condong Pisa, di Melaka ada Gereja Condong! Jika anda berkunjung ke Melaka, cuba anda lihat dan perhati betul-betul. Gereja ini sememangnya condong ke kiri!⁣⁣⁣
⁣⁣⁣
Gereja ikonik yang menjadi ‘landmark’ di Melaka selama beratus tahun ini telah dibina pada tahun 1849 oleh paderi Perancis iaitu Father Farve. Walau bagaimanapun, gereja ini kelihatan condong ke kiri.⁣⁣⁣
⁣⁣⁣
Ada cerita yang mengatakan bahawa gereja ini dibina diatas tapak gereja lama Portugis yang pernah dibina pada 1553. Gereja tersebut telah dimusnahkan oleh Belanda bersama tembok kota semasa penaklukannya keatas Melaka. Namun, batu asas tembok kota Portugis setinggi 20 kaki itu masih terkambus dibawah tanah.⁣⁣⁣
⁣⁣⁣
Dikatakan bahagian sebelah kanan gereja ini terletak diatas runtuhan tapak tembok kota Portugis yang menstabilkan struktur gereja tersebut. Manakala bahagian kiri gereja tidak terdapat sumber sokongan bawah tanah. Tahun berganti tahun, gereja yang berusia ratusan tahun ini sedikit demi sedikit kelihatan condong ke kiri.⁣⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣⁣
Walaupun tiada sebarang bukti sahih, tetapi besar kemungkinan ia adalah benar kerana lokasi runtuhan Bastion Victoria (tembok kota) terletak di hadapan gereja St. Francis Xavier.⁣⁣⁣
⁣⁣⁣
Menarik bukan? Vivify akan bawakan pelbagai kisah Melaka yang belum anda ketahui!⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣⁣
Muat turun aplikasi secara PERCUMA untuk nikmati pelbagai promosi menarik sekarang!⁣ Link di bio.
⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
#vivify #vivifyapp #vivifylokalapp #melakalokalapp #melaka #melakabandarayabersejarah #melakahistoricalcity #unesco #unescoheritage #unescoheritagecity #tourism #tourismmalaysia #tourismmelaka #photooftheday #instapic #history #worldhistory #instadaily #fashion #viralmalaysia #likeforfollow #traveltips #travelguides #travelphotography⁣⁣⁣ #malaysia #travelling #instapic #cny #likeforlikes