Ruang hadapan pintu kedai Kenn Guan Hiong
Encik Puah Kia Men (generasi ketiga)
Adunan tepung yang telah siap
Proses meleperkan tepung
Proses mengguli dan membentuk tepung menjadi bulat
Tepung yang sudah dibentuk menjadi bulat dimasukkan ke dalam loyang

Aroma roti dan mentega boleh anda bau di sekitar kampung Machap Baru. Kilang Roti Kenn Guan Hiong telah ditubuhkan pada tahun 1935. Encik Puah Sen Fong yang berasal dari Qiongzhou (kini Hainan) telah bertapak di Machap, menghasilkan kepingan roti yang dikeringkan dengan ketuhar untuk penduduk tempatan. Sejak 1935, kilang roti Kenn Guan Hiong telah dibangunkan dan diwarisi turun temurun dengan empat generasi bermula dengan pengasas pertama Encik Puah Sen Fong, generasi kedua Encik Puah Chian Po, kini generasi ketiga Encik Puah Kia Men pada tahun 2000 bersama anaknya Encik Puah Chai Fei merupakan generasi keempat.

Nama kilang roti Kenn Guan Hiong diambil sempena nama keluarga. Pembuatan roti dari dulu sehingga kini hanya di kilang kayu yang sudah berusia 80 tahun di kampung Machap Baru. Kilang roti 100% buatan tangan membuat roti kering yang rangup. Roti yang dihasilkan diberi nama “Rotikok”. Bahagian luar rotikok kelihatan keras tetapi sangat rangup apabila dirasa. Jika dicelup dengan Kopi O, rasanya lebih istimewa. Hubungan kasih sayang penduduk Machap Baru turut dirasai dalam setiap rotikok yang dihasilkan kerana hubungan penduduk di sekitar kampung sangat erat dan pekerjanya juga tinggal di sekitar kampung. 

Rotikok dipasarkan di kedai-kedai dengan nama Cap Merpati Biskut Magerin dengan dua bungkusan warna yang berbeza iaitu bungkusan biru merupakan biskut gula dan bungkusan merah merupakan biskut tawar. Jika anda berkesempatan mengunjungi kilang roti Kenn Guan Hiong, bukan sekadar untuk menimba ilmu tentang cara membuat Rotikok tetapi anda akan mengetahui lebih banyak tentang kisah kampung.

Alamat: No 14 Jalan Machap Baru/Bukit Bulat, 76100 Durian Tunggal Melaka

Waktu operasi: Selasa-Ahad (9:00am-5:00pm)

                       Isnin tutup

Hubungi: 06-5251803/012-3288910

You can smell the aroma of bread and butter around Machap Baru village. Kenn Guan Hiong Bakery was established in 1935. Mr. Puah Sen Fong, originally from Qiongzhou (now Hainan), established himself in Machap, producing oven-dried bread slices for the locals. Since 1935, Kenn Guan Hiong bakery has been developed and inherited from generation to generation with four generations starting with the first founder Mr. Puah Sen Fong, the second generation Mr. Puah Chian Po, now the third generation Mr. Puah Kia Men in 2000 with his son Mr. Puah Chai Fei is the fourth generation.

The name of Kenn Guan Hiong bakery is taken after the family name. Bread making from the past until now is only in the 80-year-old wooden factory in Machap Baru village. A 100% handmade bakery that makes crispy dry bread. The resulting bread is called “Rotikok”. The outside of the rotikok looks hard but is very crunchy to the touch. If dipped with Kopi O, it tastes even more special. The loving relationship of the people of Machap Baru is also felt in every rotikok produced because the relationship between the people around the village is very close and the workers also live around the village.

Rotikok is marketed in shops under the name Cap Merpati Biskut Magerin with two different color packages, the blue package is a sugar cookie and the red package is a sweet cookie. If you have the opportunity to visit the Kenn Guan Hiong bakery, not only to gain knowledge about how to make Rotikok but you will learn more about the story of the village.

Address: No 14 Jalan Machap Baru/Bukit Bulat, 76100 Durian Tunggal Melaka

Operation hours: Tuesday-Sunday (9:00am-5:00pm) 

                          Monday closed

Contact: 06-5251803/012-3288910

Loyang roti yang akan diletakkan dalam ketuhar
Hasil roti yang telah masak
Bungkusan rotikok