Hantu Rumah No. 7 Jalan Kota

Tahukah anda, Muzium Setem Melaka pada mulanya adalah sebuah rumah yang terletak di sebelah sebuah biara yang kini dijadikan Muzium Dunia Islam & Melayu? Bangunan teres yang kecil ini amat jarang dikunjungi oleh pelancong.⁣ Walaubagaimanapun, ia mengandungi sejarah dan ceritanya tersendiri yang ramai tidak tahu.⁣
⁣⁣⁣
Menurut satu artikel yang ditulis oleh Sheila Prentice, menceritakan tentang seorang biarawati (Nun) yang mempunyai hubungan sulit dengan seorang askar Portugis. Hubungan sulit itu berlanjutan sehingga biarawati tersebut hamil. Apabila rahsia mereka terbongkar, biarawati tersebut telah dihukum tanam hidup-hidup dalam sebuah dinding di luar bangunan muzium yang mana ia dikatakan sebagai tempat pertemuan rahsia mereka. ⁣⁣⁣⁣Setelah hampir 500 tahun berlalu, roh biarawati tersebut masih lagi kelihatan berlegar-legar di sekitar kawasan rumah nombor tujuh di Jalan Kota.⁣ Sheila Prentice, yang juga penghuni disitu turut menjelaskan bahawa dia dan anak-anak pernah mengalami pengalaman menyeramkan. Kehadiran roh tersebut dapat dirasai dan anak-anaknya sering terjaga dari tidur pada lewat malam.⁣

Orang tempatan juga pernah terlihat seorang wanita yang berpakaian gereja dan seorang lelaki yang memakai seragam askar sedang berlegar-legar di berandah rumah nombor 7 sambil wajah mereka menghadap ke arah laut. ‘Mereka’ kelihatan amat sedih.⁣⁣⁣ ⁣⁣Rumah No.7 di Jalan Kota ini kemudiannya dijadikan sebagai Muzium Negeri Melaka pada tahun 1954. Rumah itu juga merupakan salah satu senibina Belanda yang tertua di Melaka yang kini menjadi Muzium Setem Melaka sejak tahun 2007.⁣⁣⁣

Petikan akbar yang dikongsi oleh Shaukani Abas (image by azizuladzran.blogspot.com)
Rumah No 7 Jalan Kota (image by azizuladzran.blogspot.com)

The Melaka Stamp Museum was originally a house located next to the monastery which is now the Museum of The Islamic and Malay world. This small terrace building is rarely visited by tourists. However, it contains its own history and story that many people do not know.

An article written by Sheila Prentice, tells of a Nun who had an affair with a Portuguese soldier. The difficult relationship continued until the Nun became pregnant. When their secret is revealed, the Nuns were sentenced to be buried alive in a wall outside the museum building which is said to be a secret meeting place. After almost 500 years have passed, the Nun’s spirit can still be seen hovering around the area of house no.7 in Jalan Kota. Sheila Prentice, who is also a resident there explained that she and her children had a scary experience. The presence of the spirit can be felt and the children are often awakened from sleep late at night. 

Locals have also seen a woman in a church dress and a man in a soldier’s uniform loitering on the porch of house number 7 as their faces face the sea. ‘They’ look very sad. House no.7 in Jalan Kota was later converted into the Melaka State Museum in 1954. The house is also one of the oldest Dutch architecture in Melaka which is now the Melaka Stamp Museum since 2007.