Setiap pemerintahan yang ada di Melaka, harta kekayaan yang terkumpul adalah melalui transaksi perdagangan, ufti yang dihantar dan rampasan perang dari kerajaan yang menentang Melaka. Khazanah harta Melaka sentiasa meningkat dan bertambah hasil dari simpanan harta yang berbeza oleh setiap Sultan Melaka. Catatan menyatakan Sultan Alauddin Syah Melaka mempunyai tiga tan emas selain harta-harta yang lain. Namun harta ini telah dirampas oleh Portugis dan dibawa balik ke Portugal menjadikan Portugal hanya memiliki 1/3 daripada harta kekayaan Melaka yang masih tersimpan di negeri Melaka antaranya di ruang-ruang bawah tanah dengan dinding kebal dan kukuh.

Pembinaan istana Melaka bukan sahaja untuk kediaman dan pentadbiran malah dijadikan tempat penyimpanan harta peribadi sultan. Di bawah istana Melaka terdapat gedung bawah tanah yang besar bagi menyimpan emas dan perak Sultan Melaka. Kejadian istana Melaka yang hangus terbakar tidak menyebabkan bangunan bawah tanah ini musnah yang telah ditemui oleh pihak Portugis dan mereka mengesahkannya. Ruang bawah tanah yang dibina di setiap bangunan pentadbiran adalah penting bagi keselamatan harta simpanan dan menjadi tempat rahsia sebenar harta Sultan Melaka.

Barang berharga yang ditemui antaranya kain satin, kayu cendana, sutera putih, jongkong emas, tembikar, kain taf, mutiara, kasturi dalam belanga, kayu gaharu dan kapur barus. Namun begitu, barangan ini telah menjadi harta rampasan askar Portugis setelah menawan kota Melaka. Harta yang dikumpulkan ini mencerminkan ekonomi penduduk Melaka yang aktif dalam perdagangan dan perniagaan. Menariknya, istana melaka mempunyai peti besar berkaki bertatahkan permata yang dipenuhi dengan permata bernilai 60,000 cruzado. Terdapat juga empat balang emas yang mengandungi minyak wangi dan butiran mutiara. Penemuan barang berharga ini membuktikan istana Melaka dihiasi dengan perabot mahal dan kesenian yang tinggi. Citarasa mewah masyarakat Melayu menunjukkan mereka adalah masyarakat yang bertamadun dan tidak mundur kerana memiliki kemewahan dan kemampuan materialistik yang tinggi.

Sumber: The Patriots, Helmi Effendy⁣⁣
⁣⁣
📷: The Patriots, Helmi Effendy⁣⁣
⁣⁣⁣
⁣⁣Muat turun aplikasi Vivify dan dapatkan keseluruhan cerita secara PERCUMA!⁣ Link di bio.

#vivify #vivifyapp #vivifylokalapp #melakalokalapp #melaka #melakabandarayabersejarah⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
#melakaistheplacetobe #melakahistoricalcity #unesco #unescoheritage #unescoheritagecity #tourism #tourismmalaysia #tourismmelaka #instalike #instapost #instadaily #instapic #instavideos #history #worldhistory #agung #rahsia