According to a story that was passed down from Marhum Baginda (Sultan Umar, the ninth Sultan of Terengganu who ruled from 1839-1875), supposedly in ancient times before this state was known as Terengganu, there was a group from Pahang who traveled to the upper reaches of Terengganu for hunting. When they reached the Terengganu Mati river, one of them found a fang, and one of them asked, “What fang is this?” Another replied, “That fang…” because he couldn’t remember the name, and the conversation ended there.

Several days later, the group encountered a deer and was able to kill it.

Terengganu is a state in Malaysia located on the east coast of the Malay Peninsula. The origin of the name “Terengganu” is uncertain and there are various stories and theories surrounding its origins. One of the stories is that it comes from the Malay word “Taring Anu,” meaning “the fang of an animal,” as the area was known for its wild animals, including tigers and elephants.

Another theory suggests that the name comes from “Terang Ganu,” which means “bright light” in Malay. According to this story, people in the past observed a bright light in the sky that could be seen from Kuala Terengganu. The light was so bright that it reached the area, hence the name “Terang Ganu.”

There are also other stories that suggest different origins of the name “Terengganu,” including one that claims it comes from the name of a river, “Terengan,” and another that suggests it comes from the name of a village called “Terengan.” However, none of these theories have been officially confirmed.

Overall, the exact origin of the name “Terengganu” remains uncertain, and different theories and stories have been passed down through generations.

Menurut cerita yang dikatakan dapat didengar daripada Marhum Baginda (Sultan Umar, Sultan Terengganu yang ke sembilan memerintah 1839-1875, kononnya pada zaman dahulukala sebelum negeri ini dikenali dengan Terengganu, ada suatu rombongan dari negeri Pahang mengembara di sebelah Ulu Terengganu kerana memburu. Apabila angkatan itu sampai ke sungai Terengganu Mati, seorang daripadanya ada berjumpa sebatang taring, kata seorang di antara mereka; “Taring apakah?, jawab seorang lain ” Taring anu…” kerana tidak ingat hendak menyebut namanya, dan kisah perbualan antara mereka habis begitu sahaja. Selang beberapa hari kemudian, kumpulan itu ada berjumpa pula dengan seekor rusa dan dapat dibunuhnya.

Apabila orang-orang yang berjumpa rusa itu membawa balik perburuannya ke tempat perhentian mereka, maka bertanyalah masing-masing “di manakan dapat rusa itu? Jawab mereka yang berburu ” di tempat taring anu”.

Ada pula di antara kumpulan itu berjumpa kayu gaharu, apabila ditanya; jawabnya di tepi sungai taring anu”, lama kelamaan lekatlah dipanggil nama”Terengganu”.

Penulis ada juga mendengar cerita-cerita lain menyebabkan dinamakan “Terengganu”. Seumpama cerita yang menyatakan asalnya daripada “Terang-nya-ganu”dan “terangnya anu” dan ada pula cerita yang menyatakan menurut kata orang tua-tua, pada zaman dahulukala, pada suatu masa, ada kelihatan”cahaya kilat yang memancar, di kaki langit” kejadian itu berlaku pada suatu malam kononya ramai orang duduk di tepi pantai di negeri Kelantan, kerana hendak memerhatikan cahaya kilat yang amat terang benderang di angkasa langit berhadapan dengan mereka disertai dengan bunyi yang terlalu dahsyat sebagai petir membelah bukit, sinar cahayanya terang-benderang itu sampai ke Kuala Terengganu, oleh kerana hendak memperingati had sempadan terangnya cahaya yang ganjil itu maka dinamakan tempat itu “Terang Ganu” kemudian manakala sudah menjadi negeri, dinamakan negeri itu “Negeri Terengganu” (terang hingga ke sana). Sama ada cerita ini benar atau tidak, belumlah dapat penyusun mengesah-kannya.

Menurut cerita yang dikemukakan oleh Dato’ Kamal Wangsa Jafar bin Mampak seperti berikut pula: “Ada satu taring yang besar tidak sampai gading gajah tetapi lebih besar dari taring-taring binatang liar yang didapati di sebuah pulau yang berhampiran dengan kuala sungai iaitu Pulau Duyong.

Kerana berlainan sangat rupa taring itu, maka ketua pulau itu pun menyembahkan taring tersebut kepada Raja. Apabila Raja bertanyakan taring apa itu, dengan tergesa-gesa mereka menyembahkan “Taring anu Tuanku”.

Oleh kerana pulau itu di seberang sungai Terengganu yang berhampiran dengan kualanya, maka sungai itu pun dipanggil orang sungai “Taring Anu” hingga orang-orangnya pergi ke hulu sungai pun memanggilnya sungai Taring Anu.

Satu cerita lagi mengatakan pada satu masa dahulu, satu rombangan dari Kelantan ada belayar sampai di Kuala Sungai Taring Anu(Kuala Terengganu). Sesampainya mereka di waktu petang, hari pun sangat redup dan gelap serta hujan renyai-renyai. Kebetulan di waktu itu ada cahaya terang di awan-awan langit dipanggil orang ” Ular Mayang” orang Kelantan kata “Pelangi”.

Mereka pun bertanya : Di sini orang panggil apa?
Jawab orang negeri ini: “Kami panggil ganu”.
Kata mereka:”terang sungguh ganu di sini”.

Apabila mereka itu balik ke Kelantan, mereka pun bercerita “Negeri jiran kita bukan main terang ganu di sana serta diterangnya erti ganu itu.

Suatu kemungkinan mengenai nama Terengganu terbit dari nama sungai “Terengan timbulnya pendapat ini, setelah penulis dan rombongan Persatuan Sejarah Cawangan Terengganu, membuat lawatan ke kawasan itu pada 5 hingga 11hb. Julai 1975 serta memerhati keadaan di sekelilingnya dan letak pecahan sungai itu.

Muara sungai Terengan berpecah dua, sebelah kanan mudik menghala ke sungai Kerabat dan di sebelah kirinya Kuala Terengan dan sungai Terengganu. Terengan pada masa dahulu telah menjadi sebuah kampong di Ulu Terengganu, jaraknya dari Kuala Terengganu Mati lebih kurang 24 km atau 40 km dari Kuala Berang mengikut sungai.

Oleh kerana keadaan pecahan anak sungai sedemikian kemungkinan pada zaman dahulu orang ada bertanya dengan soalan ini: hendak ke mana? Ke Terengan…nu (sana) atau ke Terengan…ni (ini) bererti ke sungai Terengan atau ke sungai Kerbat.