Jambatan 'Hantu' Melaka

Di sepanjang Sungai Melaka terdapat banyak jambatan-jambatan cantik yang menjadi tumpuan pelancong untuk bergambar ketika berkunjung ke Melaka, salah satunya adalah Jambatan Kampung Jawa.⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣
Jambatan Kampung Jawa ini terletak di Lorong Jambatan, Kampung Jawa. Sekiranya anda pernah melalui jambatan ini, pastinya ada akan sangat teruja dan terpegun dengan pemandangan disini terutamanya pada waktu malam. Tetapi, tahukah anda bahawa jambatan ini mempunyai cerita dan sejarahnya yang tersendiri?⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣
Jambatan Kampung Jawa juga dikenali sebagai Jambatan Hantu atau “Ghost Bridge” oleh penduduk tempatan sekitarnya. Mesti anda tertanya-tanya kenapa Jambatan Hantu kan?⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣
Semasa zaman pendudukan Jepun di Melaka pada tahun 1942 sehingga 1945, semua penduduk tempatan yang menentang tentera Jepun akan dihukum penggal kepalanya disini oleh Kempeitai (tentera Jepun). Lalu, kepala yang dipenggal tersebut akan digantung dan dipamerkan di tiang-tiang jambatan ini. Badan mereka pula dicampakkan ke dalam sungai Melaka. ⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣
Tentera Jepun berbuat demikian adalah untuk memberi peringatan dan ingin menakutkan penduduk tempatan agar tidak melawan dan patuh pada mereka. Penduduk tempatan juga berkata, “Jambatan Hantu” tersebut juga telah banyak menyaksikan banyak kes bunuh diri penduduk di sekitar situ.⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣
Walaubagaimanapun, jambatan Kampung Jawa ini adalah antara lokasi ‘Instagram Worthy’ yang anda boleh lawati sebagainya.⁣⁣⁣ Pemandangan waktu malam di jambatan ini sangat indah! Jika anda berpeluang datang ke Melaka, jangan lupa untuk singgah ke jambatan ini. Manalah tahukan ada rezeki terjumpa “kepala”. 

Muat turun aplikasi Vivify secara PERCUMA untuk lebih informasi, promosi hebat dan cerita-cerita menarik di Melaka!