Sebuah ladang burung unta yang terletak di Jalan Sungai Serip, Seremban dimiliki sepenuhnya oleh Jelita Impian Sdn. Bhd. Pengunjung berpeluang untuk melihat dan menunggang burung unta, belajar proses penetasan telur burung unta dan juga membeli barangan cenderahati yang ada di sini. Terdapat juga produk menarik yang dijual seperti Jelita Ostrich Body Shampoo, Jelita Ostrich Hair Shampoo, Jelita Ostrich Scalp Stimulator dan macam-macam lagi.

Antara salah satu aktiviti yang paling menarik untuk dilakukan adalah anda juga boleh merasai kekerasan telur burung unta ini dengan memijaknya dan telur burung unta ini mampu menahan beban sehingga 100 kg. Walaupun nama destinasi ini ladang burung unta, tidak bermakna hanya burung unta sahaja yang menjadi tarikan pengunjung. Ada juga haiwan-haiwan lain yang boleh dilihat seperti arnab, kambing, lembu, kuda dan sebagainya.

Seronok juga berada di sini bersama dengan anak-anak dengan aktiviti memberi makan kepada haiwan, sprint test bersama burung unta & sebagainya. Selepas penat bersuka ria di sini, bolehlah pula menjamu selera dengan hidangan sate burung unta yang ada dijual di sini. Sekiranya anda bercuti di Negeri Sembilan bersama keluarga, destinasi ini wajib anda singgah.

Alamat:  Lot 1504, Batu 6 Mukim Pantai, Jln Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu operasi: 9:00am – 5:00pm

Hubungi: 06-7670707

An ostrich farm located on Jalan Sungai Serip, Seremban is wholly owned by Jelita Impian Sdn. Bhd. Visitors have the opportunity to see ostriches, ride, learn the hatching process of ostrich eggs and also buy souvenirs available here. There are also interesting products sold here such as Jelita Ostrich Body Shampoo, Jelita Ostrich Hair Shampoo, Jelita Ostrich Scalp Stimulator & many more.

One of the most interesting activities to do. You can also feel the hardness of this ostrich egg by stepping on it & this ostrich egg can withstand a load of up to 100 kg. Although the name of this destination is an ostrich farm, it does not mean that only ostriches are the attraction of visitors. There are also other animals that can be seen such as rabbits, goats, cows, horses and so on.

It’s also fun to be here with the kids with activities like feeding animals, sprint testing with ostriches, etc. After having fun here, you can also dine on the ostrich satay dish that is sold here. If you are on vacation in Negeri Sembilan with your family, you must stop by this destination.

Address: Lot 1504, Batu 6 Mukim Pantai, Jln Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan

Operating hours: 9:00am – 5:00pm

Contact: 06-7670707