Kembali ke alam semula jadi! Lokasinya terletak di sempadan Jasin (Melaka) dan Tangkak (Johor). Perkhemahan dan fotografi? Kem Tasik Biru merupakan tapak perkhemahan yang menyediakan pelbagai aktiviti riadah untuk mengisi masa lapang.

Anda boleh menikmati udara segar dan nyaman di kawasan kampung di Chinchin dengan tasik biru yang dikelilingi oleh kehijauan. Pemandangan luar biasa di kawasan sini adalah Gunung Ledang sebagai latar belakang pemandangan di mana anda boleh mengambil gambar. 

Kenangan indah dengan aktiviti yang memberi pengalaman hebat serta lengkap dengan segala kemudahan seperti vampery, wild camping, kayak seat, campsite, life jacket, tandas, masjid, chalet dengan sumber air dan elektrik.

Tempat yang sesuai untuk aktiviti percutian pendek atau aktiviti rekreasi bersama keluarga dan rakan-rakan dan disyorkan kepada backpacker. Bagi kumpulan perkhemahan, anda boleh meletakkan campervan di kawasan yang disediakan khas di Dataran Buluh Perindu tanpa sumber elektrik. 

Kem Tasik Biru sesuai untuk anda yang aktif dalam sukan lasak dan riadah air di tasik. Sertai aktiviti seperti memancing, yakin dalam air, berenang, meredah hutan, berbasikal, berkayak, menyelamat air, permainan dalaman dan perjalanan waktu malam ke dalam hutan adalah wajib di tasik biru yang mana kawasan hutan yang tenang berkonsepkan alam semula jadi, flora dan fauna. Datang dan bawa seramai mungkin ke sini untuk cipta kenangan di Kem Tasik Biru.

Alamat: Kg Tebat, Jalan Lombong Chin Chin 77000 Jasin, Melaka

Waktu operasi: Isnin-Jumaat (9:00am-5:00pm)

                        Sabtu-Ahad (24jam)

Hubungi: 012-2252945

Aktiviti berenang, berkayak dan menyelamat air di tasik (image by Kem Tasik Biru via facebook)

Going back to nature is the theme of this beautiful location. Located near the border of Jasin (Melaka) and Tangkak (Johor), Kem Tasik Biru is a campsite that provides a variety of leisure activities to fill your free time. Visitors can enjoy the fresh and comfortable air in the area which is in the village of Chinchin with a beautiful blue lake view surrounded by lush greenery. With its exceptional view of the Gunung Ledang as background, photography shots would definitely give a breath-taking result.

Have great memories here with exemplary activities, with complete facilities such as campsites, wild camping, kayas, life jackets, toilets, a mosque, chalets with water and electricity, your stay will be as comfortable as possible. A suitable place for a short holiday or recreational activities with family and friends, Kem Tasik Biru is also a favourite amongst backpackers and campers. For camping enthusiasts, a campervan parking spot is provided in a specially prepared area at Dataran Buluh Perindu.

Address: Kg Tebat, Jalan Lombong Chin Chin 77000 Jasin, Melaka

Operation hours: Weekdays (9:00am-5:00pm)

                           Weekend (24hours)

Contact: 012-2252945

Perkhemahan tepi tasik (image by Kem Tasik Biru via facebook)
Pemandangan Gunung Ledang (image by Kem Tasik Biru via facebook)