Istiadat Perkahwinan Diraja dilaksanakan secara besar-besaran dimulakan dengan Istiadat Meletak Kerja di mana kerjasama antara rakyat jelata dan tenaga kerja istana bersedia menjalankan segala persiapan bagi menyambut pengantin lelaki. Keindahan kenaikan Diraja yang bersalut emas disediakan bagi perarakan ketibaan pengantin lelaki. Namun begitu, usaha ini terhenti apabila Portugis mula membedil Melaka pada pertengahan Julai 1511. Terdapat beberapa pendapat mengatakan kenaikan Diraja sebesar Istana Melaka dan seperti fiksyen sains ‘Mortal Engines” iaitu istana bergerak berkeupayaan meredah hutan belantara dan bukit bukau.

Kewujudan kenaikan Diraja berdasarkan catatan ketua armada Portugis iaitu Alfonso de Albuquerque yang menyatakan saiz lebar struktur kenaikan Diraja tersebut adalah 30 “palm” dan mempunyai 30 roda setiap satu sebesar “hogshead”. Unit kiraan “Palm” iaitu “palmo de craveira” adalah jarak antara ibu jari ke jari kelingking iaitu 9 inci. Jadi lebarnya 270 inci (30 x 9in) iaitu 22 kaki 6 inci manakala “hogshead” adalah unit kiraan lama Portugis iaitu saiz tong khamar (barril de vinho / wine barrel) 52 gelen yang mempunyai diameter 28 inci. Menariknya, gamabran oleh Pieter Van Der Aa (1706) adalah kemungkinan besar zaid kenaikan Diraja adalah seluas sebuah rumah teres. Catatan dan gambaran ini menberi deskripsi bahawa kenaikan Diraja dihiasi dengan pelbagai jenis panji sutera berwarna-warni. Bukan sahaja sebagai hiasan malah menjadi alat kelengkapan dan perhiasan khusus yang melambangkan kebesaran dan kekuasaan institusi Kesultanan Melaka. Malangnya, semua musnah dijilat api termasuklah tulisan di daun lontar, naskhah buku, peta, khazanah ilmu, peta-peta bersama hadiah diplomatik dan artifak sejarah Melayu.

📷: The Patriots⁣
⁣⁣⁣
⁣⁣Muat turun aplikasi Vivify dan dapatkan cerita penuh secara PERCUMA! Link di bio.⁣⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
#vivify #vivifyapp #vivifylokalapp #melakalokalapp #melaka #melakabandarayabersejarah⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
#melakaistheplacetobe #melakahistoricalcity #unesco #unescoheritage #unescoheritagecity #tourism #tourismmalaysia #tourismmelaka #instalike #instapost #instadaily #instapic #instavideos #worldhistory