Kereta lembu sebagai pengangkutan darat dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu merupakan warisan tradisional yang menjadi lambang kemegahan Negeri Melaka. Saudagar-saudagar India memperkenalkan pengangkutan tradisional ini pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Kewujudan kereta lembu disebabkan oleh faktor geografi Melaka yang bukan lah dari kawasan tanah tinggi namun dengan tanah rata memudahkan pengangkutan darat seperti lembu untuk melalui jalan. Selain itu, kelebihan sungai yang sempit menjadikan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat menjadi mudah kerana tidak perlu menggunakan pengangkutan seperti feri. Seterusnya, faktor hasil tangan yang ramai seperti tukang yang boleh membina kereta lembu dengan empat komponen utama seperti kajang, badan, roda dan balak menjadikan pengangkutan kereta lembu serta binaan lain banyak dibina dan akhir sekali kepesatan ekonomi di Melaka pada ketika itu memberi keistimewaan kepada wujudnya kereta lembu untuk kepentingan mereka. Penggunaan kereta lembu di kawasan luar bandar untuk mengangkut kayu api, padi, perabot, rumput dan sebagainya. Kereta lembu bukan sahaja menjadi alat untuk mengangkat muatan barang-barang dan manusia malah dihiasi indah dengan gong dan tambur apabila Pesta Kebudayaan diadakan di Bandar Melaka.

Penggunaaan kereta lembu tidak asing lagi malah bentuknya menyerupai “Wagon” di Amerika menjadi tarikan masyarakat Melayu pada zaman dahulu.”Nanti kalau aku mati, biarlah anak cucu sampai ke cicit teruskan kereta lembu ini. Ini warisan kita, tradisi kita. Kita tak boleh biar mati macam tu saja” kata Abdul Kasim yang merupakan tukang yang mahir membuat kereta lembu di terataknya yang berada di Telok Mas, Melaka. Katanya lagi, hampir setiap tahun ada saja sekumpulan pelajar yang melawat dan belajar cara-cara membina kereta lembu. Semangat beliau untuk mengajar dan meneruskan warisan seni tempatan ini sangat kuat walau pun usia beliau sudah lanjut. Penggunaan kereta lembu masih diperlukan di luar bandar bagi kegunaan mengangkut padi, balak, rumput, perabot dan sebagainya. Kereta lembu atau nama lain Bullock Cart boleh dilihat di sekitar Tambak Bugis Melaka membawa anda merasai sendiri pengalaman menaiki kereta lembu dengan suasana dan persekitaran kampung sepanjang sungai.

Sumber: The Patriots⁣
⁣⁣
📷: @TunnelBreeze
⁣⁣⁣
⁣⁣Muat turun aplikasi Vivify dan dapatkan cerita penuh secara PERCUMA! Link di bio.⁣⁣⁣⁣⁣
⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
#vivify #vivifyapp #vivifylokalapp #melakalokalapp #melaka #melakabandarayabersejarah⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
#melakaistheplacetobe #melakahistoricalcity #unesco #unescoheritage #unescoheritagecity #tourism #tourismmalaysia #tourismmelaka #instalike #instapost #instadaily #instapic #instavideos #portugal #hangtuah #melayu #ryukyu #leonardodavinci #davinci #history #worldhistory