Datuk Laksamana Hang Tuah terus menjadi lagenda dalam masyarakat Melayu. Selepas pengunduran Hang Tuah dari Istana Melaka, tiada siapa yang tahu di mana beliau menghabiskan jangka hayatnya kerana pusara beliau ada di tiga negeri antaranya negeri Melaka, Riau dan Palembang. Namun begitu, tidak dapat dipastikan yang mana satu sebenarnya asli di antara tiga negeri tersebut. Kesaktian keris taming sari akan dikaitkan dengan kehebatan Hang Tuah. Tuah keris sakti ditangan Hang Tuah membawa Melaka kepada kejayaan, keamanan dan kemasyuran.

Hang Tuah dan Keris Taming Sari tetap menjadi lagenda. Peristiwa bermula dengan Hang Tuah diperkenan untuk turun ke gelanggang bertarung melawan Taming Taring. Kemudian, perbalahan politik di Istana Melaka dan seterusnya Hang Tuah bertarung melawan Hang Jebat. Ketiga-tiga pertarungan tersebut tetap menjadikan keris Taming Sari ditangan Hang Tuah. Namun sehingga kini, keberadaan keris Taming Sari menjadi tanda tanya kerana terdapat beberapa versi yang menyatakan Hang Tuah mengundur diri dari istana lalu memulangkan keris Taming Sari kepada baginda Sultan, keris Taming Sari dibawa bersama ke Riau di Sumatera setelah Kesultanan Melaka runtuh dan menganugerahkan keris kepada puteranya iaitu Raja Mudzaffar kemudian berangkat ke Perak. Di Perak, keris Taming Sari menjadi regalia kebesaran Kesultanan Perak. Bukan itu sahaja, ada versi lain yang mengatakan Hang Tuah membuang keris ke Sungai Duyung Melaka, keris berada di Istana Iskandariah sebagai replika dan kini keris Taming Sari merupakan keris pusaka Istana, keris kerajaan dan digunakan pada adat kebesaran diraja Perak. Lagenda kisah ini tetap diperingati sehingga kini.

Sumber: orangperak.com⁣⁣
⁣⁣⁣⁣
📷 : @imagesofmalaysia⁣⁣
⁣⁣⁣⁣⁣⁣
Muat turun aplikasi Vivify dan baca cerita lengkap secara PERCUMA! Link di bio.

#vivify #vivifyapp #vivifylokalapp #melakalokalapp #melaka #melakabandarayabersejarah #melakahistoricalcity #unesco #unescoheritage #unescoheritagecity #tourism #tourismmalaysia #tourismmelaka #kualalumpur #instapic #worldhistory #instadaily #instapost #viralmalaysia #cuticutimalaysia #traveltips #travelguides #travelphotography⁣⁣⁣ #malaysia