Tapak batu Megalith Datuk Tua adalah salah satu tarikan pelancong di sekitar Alor Gajah. Pernah dengar perkataan Megalit? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, megalit merupakan batu besar yang didirikan sebagai tugu pada zaman dahulu. Di kawasan Alor Gajah dan Tampin, megalit telah wujud dengan pelbagai saiz yang tidak seragam. Ada sumber yang mengatakan batu megalit biasanya boleh dilihat di tanah perkuburan. Wujud unsur mistik? Benar, ada unsur mistik di sebalik batu megalit yang hanya dilihat sebagai tugu. Upacara yang dilakukan seperti membaca jampi serapah pada pangkal batu dan membakar kemenyan kerana kepercayaan masyarakat terhadap batu hidup. Sesetengah masyarakat menyatakan bahawa batu megalit adalah batu hidup merujuk kepada pemujaan manusia yang percaya setiap batu mempunyai roh dan kuasa luar biasa apabila mengeluarkan cahaya pada waktu malam. Batu megalith juga dikatakan semakin membesar dan meninggi menjadikan fenomena ini terus hidup berkembang dalam kalangan masyarakat. Bukan sahaja dikenali sebagai batu hidup, batu besar atau tugu malah diberi nama seperti Datuk Tua, Datuk Serban Kuning, Datuk Nisan Tinggi, Datuk Bongsu, Datuk Maharaja Lela, Datuk Mata dan sebagainya. Batu Megalith di Melaka banyak ditemui di kawasan daerah Alor Gajah iaitu di Kampung Taboh Naning, Cerana Putih, Pulau Sebang, Simpang Empat, Tanjung Rimau, Melaka Pindah membawa hingga ke Repah dan sedikit di daerah Jasin (Sahrul Adli Mohd Yunan et al. 2003). Warisan berzaman yang ditinggalkan menjadi sejarah perlu dijaga dengan baik agar terus menjadi aset tarikan di kawasan tersebut.

Alamat: 19, 78000 Alor Gajah

Waktu operasi: 24 jam setiap hari

Megalith Datuk Tua (image by mdfaiez84.com)
Batu Megalith (image by m.megalithic.co.uk)
Batu Megalith (image by rashidsalim.com)

The stone site of Megalith Datuk Tua is one of the tourist attractions around Alor Gajah. Ever heard the word Megalith? A megalith is a large stone erected as a monument in ancient times. In the Alor Gajah and Tampin area, megaliths have existed of various sizes. Some people say megalithic stones can usually be seen in cemeteries. Mystic element? There is a mystical element behind the megalithic stone that is only seen as a monument. Rituals performed such as reciting curses at the base of stones and burning incense because of the community’s belief in living stones. Some societies state that the megalithic stone is a living stone referring to the cult of humans who believe each stone has supernatural spirits and powers when emitting light at night. Megalithic stones are also said to be getting bigger and higher making this phenomenon continue to thrive in society. Not only known as a stone but also given names such as Datuk Tua, Datuk Serban Kuning, Datuk Nisan Tinggi, Datuk Bongsu, Datuk Maharaja Lela, Datuk Mata and others. Megalith stones in Melaka are found in many areas of Alor Gajah district, namely in Kampung Taboh Naning, Cerana Putih, Pulau Sebang, Simpang Empat, Tanjung Rimau, Melaka Pindah leads to Repah and a little in Jasin district (Sahrul Adli Mohd Yunan et al. 2003). The age-old heritage left as history needs to be well cared for in order to continue to be an asset of attraction in the area.

Address: 19, 78000 Alor Gajah

Operating hours: 24 hours daily