Homestay ala Amerika dan kolam renang (image by MyMomHouz via facebook)
Gelanggang bola keranjang dan taman permainan (image by MyMomHouz via facebook)

MyMomHouz terletak di Jasin menjadi pilihan utama untuk anda rasai sendiri percutian menginap di rumah negara barat ala Amerika. Rekaan rumah ini diinspirasikan dari US Kolonial yang berkonsepkan moden terletak di tepi jalan sekitar kampung di Jasin. MyMomHouz telah menjadi tumpuan utama penduduk di sekitar Jasin kerana warna, material rumah dan reka bentuk yang berlainan.

Sesuai untuk dijadikan tempat keluarga besar berkumpul beramai-ramai dengan harga yang berpatutan. Rumah percutian yang mewah sesuai untuk seisi keluarga. Terletak di kawasan Jasin yang tenang, anda boleh merancang percutian ke MyMomHouz yang merupakan homestay cantik dan moden untuk ditempah pada hujung minggu. Homestay ini menyediakan kolam renang peribadi di hadapan rumah sesuai untuk anda sekeluarga santai sepanjang hari.

Menginap di MyMomHouz membuatkan anda rasa seperti duduk di rumah sendiri yang lengkap dengan semua kelengkapan yang diperlukan, bersih dan wangi serta menyediakan bilik yang selesa. Menariknya di sini, BBQ pit disediakan untuk anda mengisi waktu lapang dengan aktiviti barbeku manakala aktiviti riadah lain seperti badminton, bola keranjang, taman permainan dan permainan dalaman seperti congkak dan carrom juga boleh dilakukan pada waktu malam.

Alamat: Bt. 12, Kesang Luar 77000 Jasin Melaka

Hubungi: 012-2021851

Ruang dalaman (image by MyMomHouz via facebook)

Luxurious vacation home suitable for the whole family. MyMomHouz located in Jasin is the main choice for you to experience your own vacation staying in an American style western country house. The design of the house is inspired by the US Colonial with a modern concept located on the side of the road around the village in Jasin. The house materials, the colour and the design has become the attraction by the people. The ideals place for family gathering with an affordable prices.

Plan your holidays to MyMomHouz which is a beautiful and modern homestay to stay. There are private pool infront of the house suitable to relax throughout the day. This homestay make you feel like staying in your own home complete with amenities, clean with fragrant and provides a comfortable room. The best part, they provide BBQ pit to fill your free time with barbecue activities. Other leisure activities like badminton, basketball, playground and indoor games such as congkak and carrom. Come and stay in MyMomHouz to feel the vibes of overseas. 

Address: Bt. 12, Kesang Luar 77000 Jasin Melaka

Contact: 012-2021851