Nasi Ambeng Mama merupakan perniagaan keluarga yang dimajukan sendiri oleh Puan Zaiton dan Encik Zakaria bersama anaknya Muhammad Faiz. Restoran ini sudah bertapak selama 10 tahun sejak 2012 lagi. Resepi bagi setiap masakan yang ada di kedai ini merupakan resepi asal daripada Puan Zaiton. Pelbagai hidangan disediakan bukan sahaja nasi ambeng yang menjadi menu utama di kedai ini.
Kedai makan beroperasi dari pukul 6:30 pagi sehingga 4 petang. Makanan pagi dan makanan tengah hari disediakan. Antara pilihan menu sarapan pagi adalah lontong, roti canai, murtabak, roti puri, soto, mee bandung dan lain-lain. Bagi sebelah siang pula, makanan tengah hari seperti nasi ayam berempah, nasi ambeng, nasi ayam penyet, nasi bujang, nasi ayam geprek dan masakan bergoreng. Menu istimewa pada hari Rabu adalah Laksa Johor manakala pada hari Khamis pula disediakan Nasi Briyani.
Alamat: 45, 43, Jalan TU 41, 75450 Ayer Keroh, Melaka
Waktu operasi: 6:30am – 4:00pm setiap hari
Hubungi: 019-6014837