Kedai Old Kitchen
Lukisan mural dan hiasan di dinding

Restoran gaya vintaj di tengah bandar Melaka menyediakan makanan dalam kuantiti yang banyak dengan harga berbaloi. Mari cuba makanan barat di Old Kitchen. Old Kitchen dibuka di kedai bangunan lama bermula sejak Januari tahun 2016 oleh Encik Abu Bakar. Tukang masak di Old Kitchen merupakan Puan Dollita isteri kepada Encik Abu Bakar. Old Kitchen merupakan peniagaan keluarga Encik Abu Bakar bersama isteri dan anak-anaknya. Nama kedai Old Kitchen dipilih oleh pemilik kedai menunjukkan ‘Old’ bangunan lama dan ‘Kitchen‘ dapur atau lebih mudah difahami dapur di bangunan lama.

Dekorasi restoran ini dipenuhi dengan barangan lama yang antik boleh dilihat pada zaman nenek moyang kita contohnya jam besar, televisyen bersaiz kecil yang akan mempamerkan filem-filem P.Ramlee, basikal besi lama dan lukisan mural di dinding yang dilukis sendiri oleh Encik Abu Bakar. Menariknya, restoran ini juga menyediakan satu ruang di sudut kedai yang boleh anda raikan sambutan hari jadi dengan tulisan “Selamat Hari Lahir’ di dinding dengan dekorasi yang cantik. Tempat yang bagus untuk anda mengadakan sambutan hari lahir secara kecil-kecilan dan boleh menempah ruang di situ terlebih dahulu.

Makanan yang hebat dengan harga yang mampu milik! Mereka menghidangkan makanan barat dengan pinggan besar dan kombo dulang. Wah seronok untuk anda mengisi perut yang kosong. Makanan popular yang anda boleh cuba seperti nasi arab, cheezy wedges, nasi lemak, spageti, maryland chicken chop, burger Sarawak, ayam panggang biru gordon, lamb chop gila, nugget, sup cendawan, bebola daging dengan sos lada hitam, kentang goreng dan fish and chips dengan sos tartar. Bahagian yang paling menarik, anda boleh menikmati cawan besar bandung soda float gonzilla, mango float, vanilla licius dan minuman hipster. Apa tunggu lagi? Inilah restoran barat terbaik untuk anda cuba di sekitar bandar Melaka. Ingat Old Kitchen ingat filem-filem P.Ramlee.

Alamat: 2C, Jln Batu Berendam, Taman Pertama, 75350 Batu Berendam, Melaka

Waktu operasi: Rabu-Isnin (6:00pm-11:45pm)

                       Selasa tutup

Hubungi: 016-2052558/016-8012558/014-3772599

A vintage-style restaurant in the heart of Melaka city provides food in large quantities at reasonable prices. Let’s try western food at Old Kitchen. Old Kitchen was opened in the old shop building in January 2016 by Mr. Abu Bakar. The chef at Old Kitchen is Puan Dollita, the wife of Mr. Abu Bakar. Old Kitchen is the business of Mr. Abu Bakar’s family with his wife and children. The shop name Old Kitchen was chosen by the shop owner indicating to understand the kitchen in the old building where the name Old Kitchen came from.

The decoration of this restaurant is filled with old antique items that can be seen in the days of our ancestors, such as a large clock, a small television that will show P.Ramlee’s films, an old iron bicycle and murals on the wall painted by Mr. Abu Bakar himself. Interestingly, this restaurant also provides a space in the corner of the shop where you can celebrate your birthday with “Happy Birthday” written on the wall with beautiful decorations. A great place for you to hold a small birthday celebration and you can book a space there in advance.

Great food with incredible quantity! They serve western food with big plates and combo trays. Wow, it’s fun for you to fill an empty stomach. Popular food you can try such as nasi Arab, cheezy wedges, nasi lemak, spaghetti, Maryland chicken chop, Sarawak burger, blue Gordon grilled chicken, crazy lamb chop, nuggets, mushroom soup, meatballs with black pepper sauce, fried potatoes and fish and chips with tartar sauce. The most interesting part, you can enjoy a large cup of bandung soda float gonzilla, mango float, vanilla licius and hipster drinks. What are you waiting for? Here are the best western restaurants for you to try around Melaka city. Remember Old Kitchen remember the films of P.Ramlee.

Address: 2C, Jln Batu Berendam, Taman Pertama, 75350 Batu Berendam, Melaka

Opening hours: Wednesday-Monday (6:00pm-11:45pm)

                        Tuesday closed

Contact: 016-2052558/016-8012558/014-3772599

Ruang dalaman kedai
Hiasan dan basikal gantung di dinding