Through historical records, Kuantan has existed since the early 1850s. The existence of Kuantan in the 19th century began as a settlement. The local monarchy system was implemented in Kuantan on 1 August 1913 with the establishment of the Kuantan Sanitary Board responsible for cleanliness, health control and development. In 1937, the Kuantan Sanitary Board was replaced by the Kuantan Town Board. After almost 16 years under this system, the Kuantan Town Board was upgraded to the Kuantan Town Council with a management area of only 16 square kilometers focused on the Kuala Kuantan subdistrict.

On 1 September 1979, the Kuantan Town Council was upgraded to the Kuantan Municipal Council under the Local Government Act (Act 171). On 21 February 2021, the Kuantan Municipal Council was upgraded once again to the Kuantan City Council. The administrative area of the Kuantan City Council has been expanded to 324 square kilometers covering four subdistricts, namely Kuala Kuantan, Ulu Kuantan, Beserah and Sungai Karang. This area represents 10% of the total area of Kuantan city. Of that area, 20% is taxable area that receives municipal services, while the rest is for development.

Source: Portal Majlis Perbandaran Kuantan

Melalui catatan sejarah, Kuantan telah wujud semenjak awal tahun 1850-an lagi. Kewujudan Kuantan pada kurun ke 19 adalah bermula sebagai penempatan. Sistem berkerajaan tempatan mula dilaksanakan di Kuantan pada 1 Ogos 1913 dengan penubuhan Kuantan Sanitary Board yang bertanggungjawab terhadap kawalan kebersihan, kesihatan dan kawalan pembangunan. Pada tahun 1937, Kuantan Sanitary Board telah digantikan dengan Lembaga Bandaran Kuantan (Kuantan Town Board). Setelah hampir 16 tahun berada di bawah sistem ini, Lembaga Bandaran Kuantan telah dinaiktaraf kepada Majlis Bandaran Kuantan (Kuantan Town Council) dengan kawasan pentadbiran seluas 16 km persegi sahaja iaitu tertumpu kepada Mukim Kuala Kuantan.

Pada 1 September 1979, Majlis Bandaran Kuantan dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Kuantan (Kuantan Municipal Council) berasaskan Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171). Pada 21 Februari 2021 sekali lagi, Majlis Perbandaran Kuantan telah dinaiktaraf kepada Majlis Bandaraya Kuantan (Kuantan City Council). Keluasan kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Kuantan telah diperkembangkan kepada 324 km persegi yang meliputi empat mukim iaitu Kuala Kuantan, Ulu Kuantan, Beserah dan Sungai Karang. Kawasan ini merupakan 10% daripada keluasan keseluruhan bandar Kuantan. Daripada keluasan tersebut, 20% merupakan kawasan bercukai yang diberikan perkhidmatan perbandaran manakala bakinya merupakan kawasan pembangunan.

 

Sumber: Portal Majlis Perbandaran Kuantan