Pantai Siring (image by petitgo)

Mencari makanan laut segar? Pantai Siring antara tempat yang menjadi pilihan penduduk di sekitar Jasin membeli makanan laut. Setiap pagi, ramai penduduk berdekatan  akan datang ke Pantai Siring untuk membeli keperluan bahan mentah seperti ikan, sotong, kerang, udang, ketam, buah-buahan dan sayur-sayuran. Orang ramai menjadikan Pantai Siring sebagai tempat persinggahan untuk menikmati makanan tengah hari dan petang dengan hidangan asam pedas dan sotong celup tepung. Pemandangan matahari terbenam dengan angin laut yang nyaman menjadi tarikan utama pengunjung datang ke Pantai Siring.

Pantai Siring merupakan perkampungan nelayan tempatan dan jeti nelayan yang menawarkan perkhidmatan bot untuk aktiviti memancing di laut. Anda boleh merancang perjalanan ke Pantai Siring dengan melakukan aktiviti memancing dengan menyewa bot yang sedia ada. Aktiviti petang boleh dilakukan di sekitar Pantai Siring seperti bermain layang-layang dan sebagainya. Suasana di Pantai Siring tidak lah terlalu sibuk seperti di pantai-pantai lain jadi sesuai untuk anda seisi keluarga beriadah di Pantai Siring.

Alamat: Jalan Jeti Anjung Batu, Kampung Pulai, 77300 Merlimau Melaka

Waktu operasi: 24 jam setiap hari

Seafood lovers? Come and visit Pantai Siring where you can buy fresh seafood. Every morning, most people love to come to buy raw materials such as fish, squids, mussels, prawns, crabs, fruits and vegetables. People surely will stop over at Pantai Siring to enjoy their lunch and evening with asam pedas and sotong celup tepung. The view of the sunset with the gentle sea breeze is the main attraction for visitors to Pantai Siring.

Pantai Siring is a local village and fishermen jetty that offers boat services for fishing at the sea. Interesting activities to do with family and friends in Pantai Siring by doing fishing activities by renting an existing boat. Other evening activities such as kite playing can be done too. Searching for a good environment for your evening activities that are not too busy comes to Pantai Siring.  

Address: Jalan Jeti Anjung Batu, Kampung Pulai, 77300 Merlimau Melaka

Operation hour: 24 hours daily

Jeti nelayan (image by flickr)