Image by flickr.com
Image by foursquare.com
Image by maisinggah.com

Pantai Klebang merupakan salah satu pantai yang popular di negeri Melaka. Boleh dikatakan suatu persinggahan wajib bagi para pengunjung yang gemar ke pantai melihat matahari terbenam dengan pasir dan lalang yang cantik untuk mengambil gambar. Ia sering menjadi tumpuan pelancong dan jurugambar kerana kedudukannya yang strategik terletak kira-kira 5 hingga 6 km dari Bandar Hilir, Melaka menjadikannya lokasi yang mudah ditemui. Ada sesetengah pihak menjadikan kawasan pantai ini terutamanya di pasir Klebang sebagai salah satu tempat untuk fotografi perkahwinan. Oleh itu, setiap hujung minggu anda pasti akan menemui pasangan pengantin yang sedang bergambar di sekitar sini. 

Pantai ini dikatakan semakin popular di hati orang ramai apabila melihat gambar timbunan pasir atau padang pasir yang kelihatan seolah-olah berada di Gurun Sahara, Arab. Cerucuk pasir setinggi 10 hingga 20 meter ini adalah hasil daripada aktiviti tebus guna tanah sejak sedekad lalu. Anda perlu menaiki kenderaan pacuan 4 roda atau hanya berjalan kaki sendiri untuk sampai ke kawasan padang pasir ini. Kawasan itu juga dikatakan akan ditutup selepas jam tujuh malam bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Masa terbaik untuk melawat kawasan ini adalah semasa golden hour waktu matahari terbit pada waktu pagi atau matahari terbenam pada waktu petang untuk mendapatkan pencahayaan gambar yang cukup sempurna. Hal yang penting sebelum ke Pantai Klebang, anda perlu membawa botol air bersaiz besar, cermin mata hitam, sunblock, payung dan topi kerana kawasan ini sangat luas dan memenatkan. Pantai Klebang merupakan tempat wajib singgah bagi mereka yang gemar mengambil gambar berkonsepkan awan, matahari terbenam, pasir dan lalang. Menariknya, bukan sahaja sebagai tempat untuk mengambil gambar malah anda boleh mengisi masa lapang dengan berkelah serta terdapat ruang untuk bersukan antaranya aktiviti bermain layang-layang, menaiki kuda, memancing, ride ATV dan sebagainya. 

Alamat: Klebang White’s Dessert, Pantai Klebang, Melaka

Waktu operasi: Setiap hari hingga 7:00 pm

Image by theweddingnotebook.com
Image by maisinggah.com
Image by jomjalan.com.my
Image by hmetro.com.my

Klebang beach is one of the popular beaches in the state of Melaka. Arguably a must-stop for visitors who love the beach to watch the sunset with beautiful sand and grass to take pictures. It is often the focus of tourists and photographers because of its strategic position located about 5 to 6 km from Bandar Hilir, Melaka making it an easy location to find. There are some parties who make this beach area, especially in the sand of Klebang one of the places for wedding photography. So every weekend you will definitely find the bride and groom being photographed around here.

This beach is said to be increasingly popular in the hearts of people when looking at pictures of sand dunes or deserts that look as if they are in the Sahara Desert, Arabia. These 10 to 20 meter high sand piles are the result of land reclamation activities over the past decade. You have to take a 4 wheel drive vehicle or just walk alone to get to this desert area. The area is also said to be closed after seven pm to prevent unwanted things from happening.

The best time to visit this area is during the golden hour of sunrise time in the morning or sunset in the evening to get pretty perfect picture lighting. The important thing before going to Klebang beach, you need to bring a large water bottle, sunglasses, sunblock, umbrella and hat because this area is very spacious and tiring. Klebang beach is a must -stop for those who like to take pictures with the concept of clouds, sunsets, sand and grass. Interestingly, not only as a place to take pictures but you can fill your free time with picnics and there is space for sports such as kite flying, horseback riding, fishing, ATV rides and so on.

Address: Klebang White’s Dessert, Pantai Klebang, Melaka

Operation hour: Daily until 7:00 pm