Barry Fell dalam bukunya ‘Saga America’ mencatatkan terdapat prasasti yang dijumpai dalam sebuah gua ditulis dalam Jawi pada sekeping batu yang mencatatkan perkataan “Khatib Melaka Haji Mi Malaya”. Sejauh manakah hipotesis ini boleh diterima? Hal ini kerana tiada maklumat lokasi tepat bagi kedudukan prasasti dan tiada bukti fizikal atau fotografi yang dirakamkan. Selain itu, hipotesis Barry Fell ini juga bercanggah dengan garis masa perubahan Kesultanan Melayu Melaka kerana Melaka diketahui sudah wujud pada kurun ke-13 namun sumber primer membuktikan Melaka ditubuhkan oleh Parameswara pada awal kurun ke-15. ⁣⁣
⁣⁣
Seterusnya, perkataan “Malaya” sememangnya disebut oleh pihak luar yang datang ke Semenanjung Tanah Melayu contohnya pihak Inggeris pada kurun ke-18. Oleh hal yang demikian, Semenanjung Tanah Melayu di bawah Srivijaya pada kurun ke-13 tidak mungkin disebut sebagai “Malaya” oleh rakyatnya. Rumusannya, dapatan prasasti tulisan Jawi dalam catatan ‘Saga America” dan hipotesis orang Melaka jumpa benua Amerika terlebih dahulu dengan kewujudan nama pengembara Khatib Melaka Haji Mi Malaya di Amerika Tengah pada kurun ke-13 adalah palsu hasil dari penipuan arkeologi yang disengajakan.⁣⁣
⁣⁣
Sumber: The Patriots, Yusrin Faidz Yusoff⁣⁣
⁣⁣⁣
📷: Best HD Wallpaper⁣⁣
⁣⁣⁣⁣
⁣⁣Muat turun aplikasi Vivify dan dapatkan cerita penuh secara PERCUMA! Link di bio.⁣⁣⁣⁣⁣⁣

#vivify #vivifyapp #vivifylokalapp #melakalokalapp #melaka #melakabandarayabersejarah⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣
#melakaistheplacetobe #melakahistoricalcity #unesco #unescoheritage #unescoheritagecity #tourism #tourismmalaysia #tourismmelaka #instalike #instapost #instadaily #instapic #instavideos #worldhistory