Mak Long Belacan Tanjung
55 keping belacan saiz besar dalam satu papan
100-150 keping belacan saiz kecil dalam satu papan

Belacan merupakan makanan tradisional dan popular di sekitar negeri Melaka. Makanan tradisional ini merupakan penambah perisa yang wajib ada malah menjadi pelengkap dalam setiap hidangan makanan tengahari. Belacan Mak Long Tanjung merupakan 100% produk Muslim yang menggunakan hasil tangan dengan cara tradisional tanpa menggunakan sebarang mesin. Uniknya belacan sebagai produk simbolik bagi pelancongan di Melaka.

Penghasilan belacan juga merupakan hasil pendapatan bagi penduduk di sekitar pantai terutamanya di Klebang, Tg Keling dan Pantai Kundor. Pembuatan belacan bergantung kepada hasil dan kuantiti udang geragau yang diperolehi. Nama Mak Long digunakan sempena gelaran bagi pekerja ibu tunggal dan warga tua yang kebanyakkannya dipanggil dengan gelaran Mak Long.

Kisah belacan Maklong Tanjung yang diusahakan oleh Encik Azmi hanya bermodalkan RM86 pada permulaan bisnes beliau sehingga kini menjadi produk pasaran yang meluas hingga ke serata dunia. Produk belacan yang dihasilkan turun temurun dari nenek moyang, nenek dan mak sehingga lah kini kepada Encik Azmi dan isterinya yang merupakan generasi keempat.

Kewujudan bengkel Maklong Tanjung Belacan di tepi kawasan pantai telah bertapak selama 58 tahun menjadikan tempatnya menarik untuk diketahui oleh orang ramai bagaimana pemprosesan belacan dilakukan dari dulu hingga sekarang. Authentic Melaka homemade! Belacan di Melaka adalah asli diperbuat daripada udang dan garam sahaja tidak dicampur dengan bahan-bahan lain.

Proses membuat belacan adalah antara kerja yang sukar dilakukan permulaannya dari pembahagian udang geragau dipecahkan kepada beberapa kilo, pembentukan kepada sembilan saiz dan jenis kemudian dijemur beberapa hari sehingga kering dan akhir sekali proses pembungkusan. Proses menjemur bagi satu papan boleh memuatkan sebanyak 55 keping belacan bersaiz besar manakala sebanyak 150 keping bagi belacan bersaiz kecil.

Pembungkusan plastik belacan dari Mak Long Tanjung dijual dengan dua warna iaitu merah dan putih. Warna belacan Mak Long Tanjung seakan coklat putih berbeza dengan warna belacan yang lain di pasaran. Dapatkan belacan asli tradisional hanya di Mak Long Tanjung Belacan. 

Alamat: Batu 7 ¼ Balik Bukit Tanjong Kling, Kampung Balik Bukit, 76400 Tanjung Kling Melaka

Waktu operasi: 9:30am-6:00pm setiap hari

Hubungi: 012-3334225

Belacan is a traditional and popular food around the state of Melaka. This traditional food is a must-have flavor enhancer and even a compliment to every lunch dish. Belacan Mak Long Tanjung is a 100% Muslim product that uses handicrafts in the traditional way without using any machine. Uniquely, belacan is a symbolic product for tourism in Melaka.

The production of belacan is also an income for the residents around the beach, especially in Klebang, Tg Keling and Pantai Kundor. The manufacture of belacan depends on the yield and quantity of geragau prawns obtained. The name Mak Long is used in conjunction with the title for single mother workers and the elderly who are mostly called by the title Mak Long.

The story of belacan Maklong Tanjung which was started by Encik Azmi with only RM86 capital at the beginning of his business until now has become a market product that has spread to the whole world. Belacan products have been produced for generations from ancestors, grandmothers and mothers until now to Encik Azmi and his wife who are the fourth generation.

The existence of Maklong Tanjung Belacan workshop by the beach has been established for 58 years making it an interesting place for the public to know how belacan processing is done from then until now. Authentic Melaka is homemade! Belacan in Melaka is originally made from shrimp and salt alone is not mixed with other ingredients.

The process of making belacan is one the most difficult work to do, starting from the division of prawns into several kilos, the formation into nine sizes and types and then dried for a few days until dry and finally the packaging process. The drying process for one board can accommodate as many as 55 pieces of large-sized belacan while as many as 150 pieces for small-sized belacan.

Belacan plastic packaging from Mak Long Tanjung is sold in two colors, red and white. The color of Mak Long Tanjung belacan is white and brown and different from other belacan colors on the market. Get traditional original belacan only at Mak Long Tanjung Belacan.

Address: Batu 7 ¼ Balik Bukit Tanjong Kling, Kampung Balik Bukit, 76400 Tanjung Kling Melaka

Operation hours: Daily 9:30am-6:00pm

Phone:  0123334225

Saiz belacan besar yang sedang dibentuk
Saiz belacan kecil yang sedang dibentuk