Putu piring bersaiz tapak tangan merupakan kuih gebu yang popular di sekitar Bukit Beruang. Gabungan gula Melaka dan kelapa dalam putu piring apabila dikukus mengeluarkan bau yang harum. Putu piring pastinya menjadi kuih wajib anda untuk minum petang digabungkan dengan teh tanpa gula kerana rasa yang lebih manis ada dalam putu piring. Putu piring Bukit Beruang menjadi kegemaran orang ramai sepanjang masa kebiasaannya laku keras dijual sebelum waktu petang. Oleh itu, anda perlu datang pada waktu pagi untuk mendapatkan hidangan putu piring yang gebu dan lazat.
Gula Melaka dan kelapa parut segar dengan jumlah kemanisan yang sesuai dalam putu piring yang manis dan laris setiap hari. Putu Piring tradisional yang dijual oleh Kak Rahimah di Bukit Beruang memang terkenal di kalangan penduduk tempatan mahupun pelancong. Jom isi perut anda dengan putu piring asli dengan gula Melaka tulen dan parutan kelapa yang sangat pekat. Teksturnya sangat gebu dan lembut. Sekeping sahaja tidak mencukupi. Kebanyakan orang tidak kisah beratur hanya untuk merasai putu piring Kak Rahimah. Kepuasan dijamin!
Waktu Operasi: Selasa-Ahad (9:00 am – 5:00 pm) setiap hari & tutup pada hari Isnin
Alamat: Putu Piring Bukit Beruang, Jalan Bukit Beruang, Kampung Bukit Beruang, 75450 Melaka
Hubungi: 012-367 0243