Sebuah tempat yang perlu dikunjungi jika anda ke Ipoh kerana keseluruhan tempatnya memaparkan pelbagai budaya. Menariknya tempat ini dihiasi dengan pelbagai barangan antik yang dapat mengimbau kembali zaman dahulu.
Jika anda seorang yang instagrammable, anda wajib datang ke sini kerana pelbagai sudut menarik anda boleh rakamkan. Pemandangan berlatarkan tasik, pepohon dan gunung menghijau kelihatan tenang dan menarik. Tempatnya juga luas, sesuai untuk melakukan aktiviti rekreasi bersama keluarga.
Alamat: 22A, Persiaran Pinggir Rapat 5a, Taman Saikat, 31350 Ipoh, Perak.
Waktu operasi: 9:30am – 5:30pm