Antara tempat menarik di Johor untuk merasa keunikan makanan adalah Kacang Pool Haji. Kedai makan yang memang tidak asing lagi dengan negeri Johor.

Jika anda meminta pandangan daripada rakan-rakan atau sesiapa sahaja berkenaan tempat makan yang menarik dan sedap di Johor Bahru, pastinya nama kedai Kacang Pool Haji akan termasuk dalam cadangan utama mereka.

Menu utama disini sudah pastinya Kacang Pool. Kuah kacang pool yang pekat dan dinikmati bersama-sama dengan roti bakar turut diletakkan telur mata di atas kuah kacang tersebut. Rasanya memang menyelerakan.

Selain itu, anda juga boleh turut menikmati beberapa menu lain seperti pepes dan lempeng pisang. Harganya juga murah dan berbaloi. Anda boleh nikmati kuah kacang pool tersebut dengan menyapunya pada roti ataupun anda boleh nikmatinya begitu sahaja.

Semuanya sedap. Antara hidangan lain yang turut menarik perhatian pelanggan adalah tauhu bakar. Ramai yang mengatakan mereka sebelum ini tidak gemar makan tauhu namun setelah mencuba sekali disini, mereka mula menggemarinya. Tauhu bakar ini dihidang bersama dengan sos manis-manis pedas yang melazatkan.

Alamat: Jalan Sabar, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: 7:00am – 1:00pm setiap hari

Hubungi: 013-7377997 

Among the interesting places in Johor to taste the uniqueness of food is Kacang Pool Haji. A restaurant that is no stranger to the state of Johor.

If you ask your friends or anyone for an opinion on interesting and delicious places to eat in JB, surely the name of Kacang Pool Haji shop will be among their top recommendations.

The main menu here is definitely kacang pool. The thick pool of peanut sauce is enjoyed together with toasted bread and an egg is placed on top of the peanut sauce. It tastes really appetizing.

In addition, you can also enjoy some other menus such as pepes and banana pancakes. The price is also cheap and worth it. You can enjoy the pool bean sauce by spreading it on bread or you can enjoy it alone.

Everything is delicious. Not only that, among other dishes that also attract the attention of customers is baked tofu. Many people say they didn’t like eating tofu before but after trying it once here, they started liking it. This baked tofu is served with a delicious sweet-spicy sauce.

Address: Jalan Sabar, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor

Operating hours: 7:00am – 1:00pm daily

Contact: 013-7377997