Sleep Here Hostel telah beroperasi sejak Julai 2019 hingga kini selama 3 tahun. Perkhidmatan hostel ini dibantu seramai 4 orang pekerja dengan pemiliknya iaitu Encik Suhaimi Sulaiman dan Encik Asyraf Amir. Backpacker yang mencari tempat tinggal sementara berdekatan dengan lokasi utama bandar Melaka harus mencari Sleep Here Hostel. Tempat penginapan ini terletak beberapa minit dari bar, kelab malam, kafe, kedai makan, kedai runcit serta dekat dengan pilihan pengangkutan awam.

Tarikan utama menginap di Sleep Here Hostel adalah suasana Kampung Morten yang sangat hampir, anda hanya perlu berjalan kaki sahaja. Di sekitar Kampung Morten, anda boleh melihat Villa Sentosa dan beberapa rumah kayu tradisional yang lain serta singgah makan menikmati Nasi Lemak Kg Morten yang sangat popular di kalangan orang tempatan.

Di Sleep Here Hostel, anda akan menemui pekerja yang sangat mesra, persekitaran yang bersih dan suasana santai untuk anda berehat. Kawasan luar bilik yang luas disediakan kemudahan seperti seterika, dispenser air, peti sejuk, singki, kerusi, meja, kipas dan ketuhar. Menariknya, setiap pintu bagi enam dorm di hostel ini diberikan nama antaranya Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Tuah, Hang Lekiu, Hang Lekir dan Puteri Hang Li Po. Jadi mudahlah untuk anda mencari pintu bilik.

Tempatnya di dalam bangunan bekas kolonial di Pengkalan Rama yang menampilkan hiasan dalaman moden menggabungkan konsep kotemporari dan sejarah bangunan merah dengan tangga kayu yang asli. Sesuai dengan nama Sleep Here Hostel menyediakan satu asrama terbaik di Melaka untuk bertemu pengembara dan pelancong yang datang ke Melaka secara solo.

Pilihan bilik terdiri daripada katil single atau katil dua tingkat di asrama bercampur atau lelaki atau perempuan sahaja. Kemudahan umum di luar bilik termasuk 11 tandas, bilik mandi, dapur, kafe, almari dan bilik bacaan memberi banyak peluang kepada pengembara solo untuk bersosial. Sesiapa yang melancong bersendirian dan gemar bertemu orang yang pelbagai latar belakang akan menghargai asrama di Sleep Here Hostel. 

Alamat: 170, Jalan Bunga Raya Pantai, Pengkalan Rama, 75100 Melaka

Hubungi: 06-2812006

Sleep Here Hostel has been operating since July 2019 until now for 3 years. This hostel service is assisted by 4 employees with the owner, Mr. Suhaimi Sulaiman and Mr. Asyraf Amir. Backpackers looking for temporary accommodation close to the main location of the city of Melaka should look for Sleep Here Hostel. The residence is located minutes from bars, nightclubs, eateries, grocery stores and close to public transport options.

The main attraction of staying at Sleep Here Hostel is the atmosphere of Morten Village which is very close, you only have to walk. Around Morten Village, you can see Villa Sentosa and several other traditional wooden houses as well as stop to eat and enjoy Nasi Lemak Kg Morten which is very popular among the locals.

At Sleep Here Hostel you will find very friendly staff, clean surroundings and a relaxed atmosphere for you to relax. The spacious outdoor area is provided with amenities such as iron, water dispenser, refrigerator, sink, chair, desk, fan and microwave. Interestingly, each door of the six dorms in this hostel is named Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Tuah, Hang Lekiu, Hang Lekir and Puteri Hang Li Po.

It is housed in a former colonial building in Pengkalan Rama featuring modern interiors combining contemporary concepts and the history of red buildings with original wooden staircases. True to the name Sleep Here Hostel provides one of the best hostels in Melaka to meet travelers and tourists who come to Melaka solo.

Room options consist of a single bed or bunk beds in a mixed dormitory or male or female only. Common outdoor facilities including 11 toilets, bathrooms, kitchen, cafe, closet and reading room give many opportunities for solo travelers to socialize. Anyone who travels on their own and loves to meet people from a variety of backgrounds will appreciate the hostel at Sleep Here Hostel.

Address: 170, Jalan Bunga Raya Pantai, Pengkalan Rama, 75100 Melaka

Contact: 06-2812006

IMG20201216150306
IMG20201216150455