Taman Eko Rimba KL merupakan hutan simpan yang mana satu-satunya destinasi hutan semulajadi yang boleh anda kunjungi di Kuala Lumpur. Siapa sangka, sebuah bandar metropolitan Kuala Lumpur yang hebat ini mempunyai destinasi rimba sebegini. Ketika berada di sini memang terasa seperti kawasan pedalaman kerana suasananya yang redup dipayungi pokok-pokok hijau yang rimbun meninggi. Terdapat trek jalan kaki dan juga canopy walk untuk kemudahan pengunjung bergerak sambil melihat keindahan sekeliling dari sudut yang tinggi.

Kalau anda menginap di sekitar KLCC, boleh ke sini hanya dengan berjalan kaki pada hujung minggu untuk aktiviti riadah dan bersenam. Di dalam Taman Eko Rimba KL ini juga terdapat tarikan lain yang boleh anda lihat seperti taman herba, taman orkid dan denai-denai hutan yang tidak kurang menariknya.

Hutan ini telah diwartakan sebagai salah satu khazanah serta Hutan Simpanan Kekal sejak tahun 1906 lagi. Lokasinya hanya terletak di antara Jalan Ampang dan Jalan Raja Chulan. Kalau anda melawat ke KL Tower, boleh terus menuju ke pintu masuk Taman Eko Rimba KL yang ada berdekatan sahaja. Sekiranya pengunjung ingin berkhemah atau bermalam, perlu membuat permohonan terlebih dahulu.

Alamat: JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA, Forestry Department Peninsular Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, 50660 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 7:00am – 7:00pm setiap hari

Taman Eko Rimba KL is a forest reserve that is the only natural forest destination you can visit in Kuala Lumpur. Who would have thought, this great metropolitan city of Kuala Lumpur has such a jungle destination? When you are here it really feels like a rural area because of the dim atmosphere shaded by the lush green trees. There is a walking track and also a canopy walks for the convenience of visitors to move while seeing the surrounding beauty from a high angle.

If you are staying around KLCC, you can go here just by walking on weekends for leisure activities and exercise. Inside the KL Rimba Eco Park, there are also other attractions that you can see such as the herb garden, the orchid garden and the forest trails which are no less interesting.

This forest has been gazetted as one of the treasures and Permanent Forest Reserve since 1906. The location is just between Jalan Ampang and Jalan Raja Chulan. If you visit KL Tower, you can go directly to the entrance of Taman Eko Rimba KL which is nearby. If visitors want to camp or spend the night, it is necessary to make an application first.

Address: JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA, Forestry Department Peninsular Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, 50660 Kuala Lumpur

Operation hours: 7:00am – 7:00pm daily