Jambatan Taman Ekstrem Tasik Chinchin (image by Mohd Faiz bin Abdul Manan)

Salah satu tarikan utama di Taman Ekstrem Tasik Chinchin Jasin adalah keindahan tasik. Tempat ini bersebelahan dengan Kafe Markisa dan Kem Lambaian Danau yang sering menjadi pusat perkhemahan bagi organisasi kerajaan, swasta, pusat pengajian tinggi dan sekolah. Kafe Markisa antara restoran yang paling hampir di kawasan situ untuk anda mengisi perut yang tengah lapar dengan makanan yang istimewa selain dari kafe yang ada di dalam taman ekstrem. Taman ekstrem ini menjadi pilihan orang tempatan kerana banyak aktiviti lasak boleh dijalankan antaranya flying fox, berkayak, memanah, jungle tracking, berjogging serta boleh membuat aktiviti perkhemahan.

Tarikan lain yang menjadi tumpuan pengunjung di sini adalah Mini Taman Air yang berkonsepkan taman air asas. Boleh menjadi tumpuan untuk menarik minat anak-anak bercuti ke sini serta terdapat ruang kolam renang yang sesuai untuk orang dewasa. Jangan risau segala kemudahan disediakan seperti tandas awam, tapak perkhemahan, dewan besar untuk disewa bagi mengadakan majlis, chalet yang lengkap dengan kelengkapan penginapan, surau, cafe serta kelengkapan barang bagi melakukan aktiviti yang lain. Rancanglah hujung minggu anda dengan aktiviti yang berfaedah dan menikmati suasana yang tenang di Taman Ekstrem Chinchin. 

Alamat: Lot 17573, Kampung Chinchin, 77000 Jasin Melaka

Waktu Operasi: 9:00am-6:00pm

Mini Taman Air (image by Melaka Cool)

The beautiful view of the lake you can see around when you stay at the Taman Ekstrem Tasik Chinchin. The place is near Cafe Markisa and Kem Lambaian Danau where is the place you can feel like a true village it is safe and surrounded by a lake, forest area and serenity. The only famous cafe is here to fill the stomach for your breakfast, lunch and dinner. Local’s people choose to do extreme activities such as jungle tracking, jogging, flying fox, kayaking and archery plus camping activities also can be done here. This place is suitable for your weekend activities. 

Another attraction here is Mini Water Park which has a basic water park concept. Can be a focal point to attract children to join the family gathering holiday here as well as there is a swimming pool space suitable for adults. Don’t worry, all the facilities are provided such as a surau, cafe, accommodation equipment and equipment for other activities. Plan your weekend with worthwhile activities with family and friends and enjoy the tranquil atmosphere of Chinchin Extreme Park. 

Address: Lot 17573, Kampung Chinchin, 77000 Jasin Melaka

Operation hours: 9:00am-6:00pm