Pintu masuk Hutan Rekreasi Tanjung Tuan (image by xploradestinasi)
Rumah Api Tanjung Tuan (image by peoplepostinsider.com)

Hutan rekreasi Tanjung Tuan adalah tempat yang sesuai untuk anda beramai-ramai melakukan aktiviti beriadah pada waktu pagi dan petang. Menariknya di sini, terdapat tujuh laluan yang berlainan untuk anda terokai antaranya jejak Hutan, Rumah Api Tanjung Tuan, jejak Telaga Belanda, denai Teluk Monyet, jejak Vantage Point, jejak Pulau Intan dan laluan Bukit Batu Putih. Jangan risau, setiap laluan ada yang disediakan jalan tar dan tangga konkrit. Aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengeluarkan peluh dan meregangkan otot seperti berjalan, mendaki dengan pendakian yang agak berat, berbasikal dan banyak lagi. Di puncak Batu Putih yang terkenal di kalangan pejalan kaki pada hujung minggu, aktiviti mendaki dalam masa yang singkat boleh dilakukan.

Tanjung Tuan atau nama lain iaitu Cape Rachado juga dikenali dengan rumah api bersejarah di puncaknya yang dibina oleh pihak British, rumah bagi pelbagai jenis flora dan fauna serta tempat untuk memerhati burung. Ada pendapat dari orang ramai yang mengatakan wujud pelbagai versi mistik dan sejarah di kawasan ini. Antara cerita sejarah yang popular adalah tapak rumah api merupakan lokasi makam Sultan Melaka yang pertama manakala terdapat sebuah kawasan di tepi pantai ada yang mendakwa terdapat kesan tapak kaki pahlawan, Hang Tuah. Kini, kawasan taman di sini dianggap sebagai kawasan bersejarah kerana lokasinya tidak jauh dari tempat Pertempuran Cape Rachado yang berlaku pada 1606. Pemandangan yang indah boleh dilihat dari atas puncak Batu Putih serta anda boleh mengambil gambar berlatarbelakangkan pantai yang cantik. 

Alamat: Jalan Pantai, Tanjung Tuan, 71050 Melaka

Waktu operasi: 7:00am-6:00pm setiap hari

Hubungi: 018-2117191

Tanjung Tuan recreational forest is a suitable place for you to do recreational activities in the morning and evening. Interestingly here, there are seven different routes for you to explore including the Forest trail, Tanjung Tuan Lighthouse, Telaga Belanda trail, Teluk Monyet trail, Vantage Point trail, Pulau Intan trail and Bukit Batu Putih trail. Don’t worry, each route has tarred roads and concrete stairs. Activities that can be done to remove sweat and stretch muscles such as walking, climbing with a relatively heavy climb, cycling and more. At the top of Batu Putih which is famous among walkers on weekends, climbing activities in a short time can be done.

Tanjung Tuan or another name for Cape Rachado is also known for its historic lighthouse at the top built by the British, home to a wide variety of flora and fauna as well as a place for bird watching. There are opinions from the public who say there are various versions of mysticism and history in this area. Among the popular historical stories is the site of the lighthouse is the location of the tomb of the first Sultan of Melaka while there is an area by the beach some claim there are footprints of the warrior, Hang Tuah. Today, the park area here is considered a historic area because its location is not far from the site of the Battle of Cape Rachado which took place in 1606. Beautiful views can be seen from the top of Batu Putih and you can take pictures against the beautiful beach.

Address: Jalan Pantai, Tanjung Tuan, 71050 Melaka

Operation hour: 7:00am-6:00pm daily

Contact: 018-2117191