Pondok usang (image by hmetro)

Mari berkunjung ke Terompah Kampung Jawa di sekitar tepi Sungai Melaka yang masih mengekalkan pembuatan terompah tradisi hasil buatan tangan. Tradisi turun temurun yang masih dikekalkan oleh Puan Tham Fong Lin dari bapanya adalah melakukan proses akhir iaitu mengecat dan memasang plastik ‘muka’ pada terompah yang diterima daripada pembekal. Terompah dikenali sebagai kasut kayu berwarna merah tanpa corak biasanya boleh dilihat di masjid atau surau oleh orang tempatan untuk kegunaan ke bilik air. Namun ramai orang tempatan kita tidak tahu terompah juga adalah salah satu adat dan tradisi dalam perkahwinan masyarakat Cina kerana sinonim terompah dengan warisan budaya masyarakat Baba Nyonya dan Cina.

Pelancong asing juga gemar membeli terompah sebagai cenderamata. Menariknya terompah dijadikan sebagai cenderamata apabila Puan Tham Fong Lin mempelbagaikan warna dan corak lukisan terompah dengan watak kartun, dedaun, kaligrafi dan bunga. Klasiknya pembuatan terompah ini hanya di pondok kecil yang usang berusia 100 tahun kekal sehingga kini. Bagi kebiasaan pelanggan yang membeli terompah disini, rata-rata mereka selesa menggunakan terompah yang dibuat oleh Puan Tham Fong Lin. Mencari cenderamata istimewa dari Melaka boleh lah singgah membeli terompah di Kampung Jawa.

Alamat: Terompah Kampung Jawa, Lorong Jambatan, Kampung Jawa, 75100 Melaka

Waktu operasi: 9:30am-5:30pm

Terompah Kampung Jawa

Let’s visit Terompah Kampung Jawa around the banks of the Sungai Melaka which still maintains the traditional making of handmade terompah. The hereditary tradition that is still maintained by Mrs. Tham Fong Lin from her father is to do the final process of painting and installing ‘face’ plastic on the terompah received from the suppliers. Terompah known as patterned red wooden shoes can usually be seen in mosques or suraus by locals for use in the bathroom. Yet many of our locals do not know that terompah is also one of the customs and traditions in Chinese weddings because there are synonymous with the cultural heritage of the Baba Nyonya and Chinese communities.

Foreign tourists also like to buy terompah as souvenirs. Interestingly the terompah were used as souvenirs when Mrs. Tham Fong Lin diversified the colors and patterns of the clogs drawings with cartoon characters, foliage, calligraphy and flowers. The classic making of these terompah only in a small hundred dilapidated hut remains to this day. Regular customers who buy sandals here, on average are comfortable using sandals made by Mrs. Tham Fong Lin. Looking for special souvenirs from Melaka, you can stop by to buy clogs in Kampung Jawa.

Address: Terompah Kampung Jawa, Lorong Jambatan, Kampung Jawa, 75100 Melaka

Operation hours: 9:30am-5:30pm