Destinasi ini sangat ideal untuk anda lawati dan bermalam bersama keluarga di samping melakukan aktiviti-aktiviti yang mendekatkan diri dengan alam semulajadi. Walaupun hanya 25 minit memandu dari Kuala Lumpur tetapi perasaan berada di sini seperti bercuti di satu kawasan pedalaman yang jauh dari bandar.

Bermalam di dalam suasana hutan kehijauan pasti memberikan anda satu ketenangan yang setara di Taman Negara. Kalau nak tahu, penginapan ini juga hanya 5 minit dengan beberapa tempat menarik di Rawang seperti Air Terjun Kanching, Hutan Lipur Templer. Bukan itu sahaja, hanya 15 minit perjalanan untuk ke Kolam Air Panas Selayang.

Jangan lepaskan peluang untuk berendam di kolam renang infiniti yang terdapat di Templer Park Rainforest Retreat ini. Kalau infinity pool di hotel dalam bandar dikelilingi hutan batu bata, kolam renang infiniti di sini pula dikelilingi dengan hutan rimba yang sangat saujana mata memandang dan lebih mendamaikan.

Alamat: 22, Jalan 3/2, Templer Height, Templer Park, 48000 Rawang, Selangor

Hubungi: 016-2038562

This destination is ideal for you to visit and spend the night with your family in addition to doing activities that bring you closer to nature. Although it’s only a 25-minute drive from Kuala Lumpur, the feeling of being here is like a holiday in a rural area far from the city.

Spending the night in the green forest atmosphere will definitely give you equivalent tranquility in Taman Negara. If you want to know, this accommodation is also only 5 minutes from some interesting places in Rawang such as Kanching Waterfall, Hutan Lipur Templer. Not only that, it’s only a 15-minute drive to Selayang Hot Spring.

Don’t miss the opportunity to take a dip in the infinity pool found at this Templer Park Rainforest Retreat. If the infinity pool at the hotel in the city is surrounded by a forest of bricks, the infinity pool here is surrounded by a jungle that is very pleasing to the eye and more peaceful.

Address: 22, Jalan 3/2, Templer Height, Templer Park, 48000 Rawang, Selangor

Contact: 016-2038562