Butik Toko Ce Rose (image by foursquare.com)
Puan Emmy (kanan) bersama anaknya, Ezrizikri (tengah) menerangkan corak kebaya kepada pelanggan (image by themalaysianreverse.com)
Pelanggan bersama pemilik kedai (image by themalaysianreverse.com)

Mencari baju gabungan kain kasa yang menampakkan klasik dan ayu bagi si pemakai? Marilah singgah ke butik kebaya Toko Ce Rose terletak di Jalan Laksamana Bandar Hilir, Melaka. Kebaya dikenali dengan pakaian tradisional di Malaysia yang digunakan oleh wanita Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei bagi majlis rasmi, majlis perkahwinan, majlis makan malam dan perayaan. Bukan itu sahaja, baju kebaya juga digunakan sebagai pakaian harian bagi sesetengah wanita.

Di Melaka, pengusaha butik Toko Ce Rose bersama anaknya dan pekerja tukang jahit telah menghasilkan lebih dari 100 corak sulaman pada baju kebaya bermotifkan geometri, flora, abstrak dan fauna. Ilmu kemahiran melukis corak dan menjahit baju kebaya perlu dipelajari seperti mana Encik Ezrizikri mewarisi ilmu seni sulaman yang merupakan generasi ketiga selepas ibunya Emmy Sahar dan neneknya Roslalainy Marhum agar seni menjahit sulaman tidak pupus.

Terkenalnya butik ini kerana pelanggan bukan sahaja di kalangan orang tempatan dari masyarakat Melayu, India, Cina dan Portugis malah dari seluruh negara antaranya Jepun, Los Angeles, Indonesia, Brunei, Singapura dan China. Terletak di bangunan merah sekitar Bandar Hilir, butik ini menjadi suatu tempat persinggahan yang wajib bagi membeli koleksi baju kebaya bercorak. Pilihan warna serta corak baju dan kain yang pelbagai menjadi pilihan pelanggan tempatan dan pelancong untuk memakainya. 

Alamat: 27, Jalan Laksamana, Bandar Hilir 75000 Melaka

Waktu operasi:

Hubungi: 014-3387464/017-6777464

Looking for a gauze combination shirt that looks classic and beautiful for the wearer? Come and stop by Toko Ce Rose kebaya boutique located at Jalan Laksamana Bandar Hilir, Melaka. Kebaya is known as the traditional dress in Malaysia used by women in Indonesia, Malaysia, Singapore and Brunei for formal occasions, weddings, dinners and celebrations.

Not only that, baju kebaya is also used as daily clothes for some women. In Melaka, the boutique entrepreneur Toko Ce Rose with his son and a tailor worker has produced more than 100 embroidery patterns on kebaya shirts with geometric, flora, abstract and fauna motifs. The skills of drawing patterns and sewing kebaya need to be learned as Mr. Ezrizikri inherited the art of embroidery which is the third generation after his mother Emmy Sahar and his grandmother Roslalainy Marhum so that the art of embroidery sewing does not become extinct.

The boutique is famous because the customers are not only the locals from the Malay, Indian, Chinese and Portuguese communities but also from all over the country including Japan, Los Angeles, Indonesia, Brunei, Singapore and China. Located in a red building around Bandar Hilir, this boutique is a mandatory stopover to buy a collection of patterned kebaya shirts. The choice of colors, as well as various patterns of clothes and fabrics are the choice of local customers and tourists to wear it.

Address: 27, Jalan Laksamana, Bandar Hilir 75000 Melaka

Operation hours:

Call: 014-3387464/017-6777464